Ada yang tercari-cari tempat untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga bulan ni? Tak perlu cari dah, admin dah jumpa satu karnival yang sangat sesuai untuk semua tak kira lapisan umur!
Kat Karnival ni macam-macam ada, Tak payah balik kampung nak cari madu kelulut ka, rendang ka semua ada kat sini . Karnival Usahawan Desa anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan diadakan pada 22 hingga 26 November 2023 (Rabu hingga Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya!
Boleh datang dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Jom tengok apa aktiviti yang boleh korang join di karnival tu nanti!
Jualan produk usahawan desa, pembiayaan perniagaan, pameran agensi, TVET dan banyak lagi!
KUD@Putrajaya ini melibatkan seramai seribu usahawan dalam kategori makanan dan minuman, pakaian, kecantikan dan kesihatan, kraftangan serta produk pertanian
Antara aktiviti lain yang akan dijalankan adalah melibatkan pameran oleh bahagian-bahagian di bawah KKDW dan agensi serta anak syarikat yang memfokus kepada keusahawanan, pendidikan serta penawaran kemudahan-kemudahan seperti:
-
- Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) – penerangan, pendaftaran dan kelulusan;
- Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) – penerangan dan pendaftaran; dan
- Program Start Right (PSR) – penerangan dan pendaftaran.
- Program Onboarding Usahawan, penerangan, pameran dan jualan, pitching dan pendaftaran bagi Program Desamall;
- Pendaftaran Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED), Program Start Right (PSR)
- Program Pendigitalan Usahawan bersama rakan strategik seperti Shopee, Lazada, Maxis, TikTok, Celcom,Digi, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, Boost dan banyak lagi.
- Sesi Padanan Perniagaan MARA
- Penerangan, pendaftaran dan pameran oleh institusi-institusi TVET di bawah KKDW seperti UniKL, GiatMARA, Kolej Poly- Tech MARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), German- Malaysian Institute (GMI), Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), PERDA Tech, Kolej KEDA.
- Pameran Motosikal dan Drone.
- Gunting rambut percuma oleh pelajar-pelajar GiatMARA.
- Servis basikal percuma oleh pelajar-pelajar GiatMARA.
Bukan itu sahaja, ada juga aktiviti lain berkaitan keusahawanan seperti penerangan dan pendaftaran program di bawah KEMAS, RISDA dan FELCRA BERHAD, KETENGAH, PERDA, KESEDAR, KEDA dan KEJORA..
NAK MELANCONG DI DESA? BEST KE?
Tentulah best gais. Dengar bunyi cengkerik malam-malam, mandi air terjun, lepak-lepak kat kampung di Terengganu ke Kelantan ke Kedah, Johor pun ada.
Bayangkan menghirup kopi made in Kedah tepi sawah nak glamping pun boleh. Nak pegi Johor? Datang KUD@Putrajaya dulu kita recee tengok replika Jong KEJORA – tengok Pavilon bahtera yang mempromosikan produk pelancongan dan ada laman kelulut boleh sedut madu pakai straw!
Teringin nak main game zaman dulu-dulu? Cuba try main batu seremban, boling kelapa, sepak raga.
Boleh jengok Laman Herba dan Laman Cendawan yang dibawa dari Terengganu, round round Anjung Floria dengan beca hiasan sambil merasai pengalaman virtual menaiki HouseBoat ke Tasik Kenyir dan Santuari Kelah.
Tidak ketinggalan boleh cuba buat Wau Bulan dan main wau boleh try wau yang korang buat tu boleh terbang ke tak?
MALAS KELUAR RUMAH SEBAB NAK MAIN GAME?
Jangan risau kat KUD@Putrajaya pun boleh main game. Biar isteri, mak, ayah pi shopping. Korang boleh lepak sambil main game sebab ada pertandingan E-Sport – FIFA, PUBG, MOBILE LEGEND, BANG BANG, SOCCER DRONE. Hah apa lagi kata terer datang KUD la bro.
PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Ni sure best, kita dok sebut Orang Asli nak juga tengok gaya hidup Orang Asli yang makin dilupakan. Orang Asli pun dah moden sekarang. Boleh OOTD di rumah Orang Asli suku Bateq, Suku Temuan dan Suku Senoi . Try menari Sewang , Menyumpit, Menganyam. Bagi yang suka minum air herba, datang sinilah.
SEMUANYA ADA!!
Korang ada nak gunting rambut? Manicure-Pedicure? Urut kaki? Atau Belajar mekap? Pun ada dekat sini! Siap ada pertandingan memancing yang boleh menang RM2,000 tau! Sambil-sambil tu nak beli buah atau nak peluk si bulus, sambil nak beli barang dapur harga Rahmah pun boleh, cari je Bazar Rakyat kat sini!
JOIN FUN RUN & FUN RIDE
Bagi yang suka lari-lari, jom join Fun Run pada 25 November ni, hanya 5 km saja! Manakala untuk yang suka kayuh basikal, boleh join Fun Ride pada 26 November pula, hanya 15 kilometer je guys!
PENGISIAN ROHANI
Bagi menambah ilmu di dada, KUD@Putrajaya bawakan Forum Perdana Ehwal Islam dengan panelis jemputan Ustaz Harryanto. Ustaz Dr. Erfino, Ustaz Datuk Dr. Zahazan Mohamed dan Moderator Amin Idris.
Korang juga boleh tonton secara live nyanyian nasyid daripada kumpulan Rabbani, Unic, InTeam dan Daqmi!
KONSERT MALAM OTAI@KUD & MALAM PENUTUP @KUD
Yang minat Dato’ Ramli Sarip, Datuk Khadijah Ibrahim, Dato’ Nash, Ella, apa tunggu lagi kita gegarkan KUD@Putrajaya.
Konsert last pula bersama Ziana Zain, Khai Bahar, Floor 88, Syamel dan Erni Zakri, Perghhhh excited ni.
MENANG KERETA KING OF THE ROAD – MYVI!
Ada cabutan bertuah!So korang jangan lupa scan daftar masa datang KUD@Putrajaya. Mana tahu datang naik MRT, balik naik MYVi. Rezeki tu jangan tak scan.
Memang banyak sangat aktiviti yang ada, sampai tak muat admin nak tulis semua dekat sini. Yang admin pasti, korang memang akan enjoy habis-habisan karnival ni nanti. Kalau tak sempat sehari, pergi lima-lima hari! Confirm tak menyesal!
Objektif karnival ni tak lain tak bukan untuk bantu usahawan luar bandar!
Kumpulan sasar bagi karnival lima hari ini, tentunya usahawan desa yang mendapat bimbingan KKDW, agensi dan usahawan luar bandar lain yang berpotensi dan memerlukan bantuan khidmat nasihat dalam meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran perniagaan.
Karnival ini juga menyasarkan penyertaan bahagian- bahagian dari Kementerian dan agensi yang menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan kepada usahawan luar bandar. Check it out guys, mana tau nak start perniagaan, boleh tanya dulu kat KUD@Putrajaya.
So guys, apa tunggu lagi? Jom la ramai-ramai ke Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya 22-26 November 2023 ni! Jumpa anda di Anjung Floria