Selain berpuasa di bulan Ramadan, tidak lupa juga untuk menunaikan kewajipan fardhu ain iaitu zakat fitrah.
Artikel berkaitan: Khairul Aming Berjaya Kuruskan Badan Dari Saiz XXL Ke L, Netizen Respon – ‘Dia Masak Sedap Lepastu Orang Lain Makan’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Dedah Bayar Zakat Lebih RM785k Sebelum Tunai Umrah – ‘Inilah Hadiah Yang Saya Dapat Selepas Bantu Para Asnaf’
Syarat wajib zakat fitrah
Zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan yang mulia ini.
Antara syarat-syarat wajib zakat fitrah adalah seperti berikut:
- Individu yang mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
Waktu menunaikan zakat fitrah
Selain itu, penting juga untuk mengetahui waktu-waktu untuk menunaikan zakat fitrah adalah:
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu afdal: Sebelum sembahyang hari raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadan.
- Waktu makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW mengfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji (Riwayat Bukhari & Muslim)
Berdasarkan hadis ini, wajib bagi setiap umat Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah tidak kita jantina, umur dan pangkat.
Sumber: Zakat Selangor, Zakat Fitrah