Menerusi Berita Harian, Datuk Fizz Fairuz telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, selepas individu di sebalik sebuah akaun laman sosial gagal hadirkan diri untuk bersemuka dengannya, walaupun tempoh 24 jam telah diberikan. Terdahulu, individu tersebut didakwa memfitnahnya berkhalwat dan menyebarkan berita palsu tersebut di laman sosial.
Tiada maklum balas
Saya sudah beri tempoh hingga tengah malam tadi kepada individu terbabit untuk tampil bersemuka. Saya beri masa hingga tengah hari tadi, namun, tiada maklum balas. Peguam menyarankan saya untuk membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut.
Saya menyerahkan bukti kukuh kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan. Kita hanya perlu tunggu dan lihat.
70 peratus identiti sudah dikenal pasti
Hampir 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram berkenaan sudah dikenal pasti olehnya dan individu tersebut dipercayai dalam kalangan penggiat industri seni juga. Dikatakan berkhalwat di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini, dia enggan menerima permohonan maaf daripada individu tersebut di media sosial. Setakat ini dia tidak dapat berkongsi mengenai butiran lanjut mengenai laporan yang dibuat atas nasihat peguam.
Soal sama ada akaun terbabit dikendalikan seorang individu atau tidak, semuanya sudah dikongsikan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Berita Harian