berita

Khai Bahar Jadi Pilihan Anak Yatim, Rai Majlis Berbuka Puasa Bersama Rumah Raudhatul AL Faeez

March 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi, Khai Bahar bakal menghiburkan anak-anak kurang bernasib baik dalam majlis berbuka puasa bersama Khai Bahar bagi meraikan Rumah Raudhatul AL Faeez yang akan berlangsung pada Jumaat, 14 April 2023.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cuma Salah Faham’ – Khai Bahar Nafi Mainkan Hati Wanita

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lebih 18 Tahun Bawa Artis Malaysia Ke Singapura, Roslan Shah Tak Sangka Insiden Menimpa Kamal Adli Boleh Terjadi

Khai Bahar dipilih

Dalam sesi sidang media yang berlangsung di Grand Barakah Hotel pada Selasa lalu, penganjur, Xutfilm Studio mendedahkan pemilihan penyanyi iaitu Khai Bahar dibuat oleh anak-anak Raudhatul AL Faeez sendiri.

Kami ada sediakan beberapa nama. Kami juga ada buat pilihan secara ‘random’ antara team kami dan kami bertanya kepada anak-anak berhubung penyanyi yang diminati beserta senarai nama. Majoritinya memilih Khai Bahar.

Dalam pada itu, Bersama slogan ‘sambil berhibur dan beramal, kumpul pahala’, Khai Bahar bekerjasama dengan penganjur, Xutfilm Studio memilih Raudhatul Al Faeez yang dihuni oleh anak asnaf, yatim piatu dan miskin seramai 30 orang berdasarkan keistimewaan dan kisah duka disebalik rumah kebajikan ini.

Sebelum ini, rumah kebajikan diasaskan oleh Zahrina Saat yang ditubuhkan pada 17 Julai 2010, di Gombak, Selangor, malangnya telah ditimpa musibah kebakaran. Kini, penghuni rumah tersebut ditempatkan sementara di rumah teres di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Kumpul pahala

Sementara itu, menurut Khai Bahar, 30, untuk membuat kebajikan, dia tidak memilih siapa orang itu. Niat berbuat baik adalah perkara utama baginya.

Saya akan buat persembahan dan akan menyanyi sebanyak lima buah lagu pada malam berkenaan, In Shaa Allah. Tapi lagu masih belum diputuskan.

Selepas berbuka puasa, tetamu akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Khai selama satu jam. Majlis berbuka puasa ini juga dikendalikan oleh pengacara sensasi, Roslan Shah.

Majlis bakal berlangsung pada 24 Ramadhan, bermula jam 5.30 petang di Grand Barakah Hotel serta akan dimulakan dengan bacaan Al-Quran, disusuli laungan azan oleh anak dari rumah Raudhatul Al Faeez.

SKIP THIS AD ×