berita

Khairul Fahmi & Leuniey Buat Instagram Anak

February 6th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-02-06 at 11.21.47 AM

Seperti kebanyakan pasangan lain, bintang bolasepak negara, Khairul Fahmi dan isterinya, Leuniey Natasya turut teruja dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka.

Artikel Berkaitan: Khairul Fahmi Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Jika sebelum ini bayi comel itu hanya digelar sebagai Baby K, kini pasangan itu telah mendedahkan nama sebenar anaknya. Apa agaknya nama yang diberi oleh Khairul Fahmi dan Leuniey ya?

Screen Shot 2014-02-06 at 10.46.22 AMFoto surat kelahiran anak perempuan Khairul Fahmi dan Leuniey

Terkini, sekeping foto sijil kelahiran bayi bernama Kayla Elayna telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram peribadi Leuniey.

Malah, istimewa untuk peminat yang ingin melihat perkembangan bayinya, pasangan itu telah membuat satu akaun Instagram rasmi buat Kayla Elayna.

Screen Shot 2014-02-06 at 11.26.31 AMAkaun Instagram rasmi Kayla Elayna

Apa yang menariknya, belum pun sampai tempoh 24 jam akaun Instagram itu dibuat, anak perempuan pasangan ini telah mendapat lebih 5000 orang pengikut.

Rata-rata peminat memberi komen bahawa Kayla Elayna lebih iras kepada wajah Khairul Fahmi. Benarkah kata mereka? Apakata jom kita sama-sama tinjau foto-foto yang telah dimuatnaik oleh pasangan ini!

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×