berita

Khuzairi Jadi ‘Pak Sanggup’ Kahwini Nurul, PU Azman Lerai Kekeliruan Netizen -‘Pernikahan Tersebut Sah Di Sisi Mazhab Syafie’

May 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Drama ‘7 Hari Mencintaiku’ lakonan Shukri Yahaya, Siti Saleha dan Wafariena kini menjadi kontroversi apabila Khuzairi (Shukri Yahaya) memutuskan untuk menjadi ‘pak sanggup’ kepada Nurul (Wafariena) yang didakwa hamil anak Pak Samad (Kazar) iaitu bapa kandung kepada Khuzairi.

Dibenarkan di dalam agama?

Susulan daripada itu, netizen mula mempersoalkan tentang situasi tersebut sama ada ianya dibenarkan di dalam agama ataupun tidak. Bagi menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran semua, PU Azman tampil menjelaskan perkahwinan di antara Nurul dan Khuzairi adalah sah.

Assalamualaikum, seandainya Khuzairi menikahi Nurul yang sedang mengandungkan anak luar nikah Pak Samad. Maka, pernikahan tersebut adalah sah di sisi mazhab Syafie berdasarkan dalil surah An-Nisa ayat 24.

Ujar PU Azman lagi, para ulama turut bercanggah pendapat mengenai isu ini, namun penjelasannya itu adalah bersandarkan daripada mazhab Syafie.

Perkara ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Saya cuma menjelaskan mengikut mazhab Syafie seperti yang dinyatakan dalam surah An-Nisa.

PU Azman antara barisan barisan pelakon yang membintangi drama ‘7 Hari Mencintaiku’ musim ketiga kali ini.

Video

@puazman perkara ini perbezaan pendapat di kalangan ulama. Cik Man cuma sebut Mazhab Syafie saja dulu di sini. #7harimencintaiku3 #fyp @Yahboiwarf ? original sound – PU Azman (Cik Man)

Sumber: PU Azman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×