Pelakon dan usahawan, Kiah Propa mendedahkan dia tidak menerima sebarang duit hantaran ketika melangsungkan perkahwinan keduanya bersama suami, Mohamad Nazri Ismail.
Artikel Berkaitan: ‘Doktor Cakap Sel Kanser Dah Merebak Ke Dada, Paru-Paru & Bawah Ketiak’ – Kiah Propa Kongsi Keadaan Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Bersyukur Ada Penyakit Kanser, Kalau Tidak..Dia Tak Terima Saya’ – Suami Kiah Propa
Tiada duit hantaran
Kiah atau nama sebenar Siti Rokhaida Abdul Khalil, 45, berkata, perkara itu tidak penting kerana yang menjadi kewajipan adalah mas kahwin.
Perkahwinan kedua saya langsung tiada duit hantaran, tiada cincin. Kami hanya duduk dan akad nikah.
Saya tidak kisah pun, yang penting ada mas kahwin RM300 tunai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Kiah dan mendoakan perkahwinannya kekal hingga syurga.
Kiah berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Pada 18 November lalu, Kiah kembali bergelar isteri kepada Nazri yang merupakan bekas suaminya.
Hati Kiah terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Sumber: TikTok