Burger King cukup terkenal dengan menu burger mereka. Bukan itu sahaja, seleksi menu lain yang ditawarkan juga tak kurang hebatnya. Macam-macam ada dan setiap satunya dapat memenuhi selera setiap individu.
Melangkah setapak lebih kehadapan, kali ini Burger King memperkenalkan menu baharu dan korang siap boleh menang hadiah pula tu.
Jadi, mana peminat burger semua? Hadirkan diri please! Tapi sebelum tu, jom kami kongsi apa yang menarik tentang menu terbaharu ni, scroll dan baca sampai habis ya!
Gabungan sos mayo dan lada hitam membuatkan rasa menjadi lebih lazat
Kalau korang dah biasa makan Burger King, mesti korang tau rasa luar biasa dalam setiap hidangan yang mereka hidangkan. Sama juga dengan menu baharu, Black Pepper Mayo Whooper dan Black Pepper Mayo Tendergrill.
Ia dihasilkan dengan keseimbangan rasa sos lada hitam, tekstur berkrim dan adanya adunan bahan-bahan unik. Hal ini, membuatkan gabungan tersebut menjadi lazat untuk korang nikmati. Kombo rasa unik ini juga dihasilkan dengan rasa creamytwist yang sangat ikonik tau!
Black Pepper Mayo Whopper® ini menampilkan patty daging lembu Whopper® panggang api, ditambah dengan elemen jeruk masam, sos tomato, tomato, salad dan bawang segar serta disempurnakan dengan sos Black Pepper Mayo. Ianya dihidangkan pada roti bijan lima inci yang dibakar. Fuhhh! Sedap!
Sementara itu, Black Pepper Mayo Tendergrill pula adalah hidangan burger dengan paha ayam yang dipanggang. Lembut dan juicy giler! Ditambah pulak dengan tomato dan salad serta dilimpahi dengan sos Mayo Lada Hitam, setiap gigitan tu rasa berbaloi betul wehh!
Korang boleh juga nikmati bersama kentang dan nugget yang rangup!
Bila dah makan burger, tak lengkaplah kalau tak ada fries dan juga nugget sekali kan! Jangan risau, menu ini didatangkan sekali dengan kentang goreng tebal berwarna perang keemasan dan juga nuget yang rangup. Lazat dan juicy tau!
Ditambah pula ada sos lada hitam dan sos mayo, memang mantap! Lagi-lagi kalau dapat makan time panas-panas, memang layan.
Lepas dah layan burger, jom lah sertai peraduan sekali. Mana tau boleh menang Airpod Max & baucar tunai RM100!
Paling menarik, kalau korang beli set Large Black Pepper Mayo pada 19 Jun hingga 23 Julai, korang berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik!
Dengan kerjasama Coca-Cola, 5 pemenang bertuah akan membawa pulang Airpods Max manakala 50 yang lain akan menerima baucar tunai bernilai RM100 sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
Cara nak join senang je, korang hanya perlu ikut langkah dibawah:
- Beli hidangan set Large Black Pepper Mayo
- Tulis nama penuh dan nombor telefon anda pada resit
- Tangkap gambar resit tersebut
- Kemudian, imbas kod QR atau lawati halaman peraduan ini di https://tinyurl.com/BlackPepperMayoXAirpodsMax dan lengkapkan borang penyertaan korang.
Mudah je kan? Tunggu apa lagi, jom cuba menu baharu dari Burger King harini juga!
Siri Black Pepper Mayo kini boleh didapati di semua lokasi Burger King di seluruh negara dan juga boleh ditempah melalui platform penghantaran makanan terpilih.Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu burger terbaru daripada Burger King ni. Mana la tahu korang akan jadi salah seorang pemenang bertuah yang dicari-cari.
Untuk maklumat lanjut tentang menu Burger King® dan promosi yang sedang berlangsung, korang boleh layari https://www.burgerking.com.my/.