Tindakan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Jason memberi ulasan atau ‘review’ jujur terhadap pencuci mulut yang diusahakan usahawan Kieda Crepe telah mencuri perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: Abang Tesla Mahu Saman Kieda Crepe, Berang Dituduh Tak Jaga Kak Maj Selepas Keguguran
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’
Rating rendah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Jason dilihat berpeluang mencuba pencucui mulut jenis ‘crepe’ yang selama ini hangat diperkatakan orang ramai.
Dalam video itu, Jason membeli tiga jenis perisa iaitu biscoff, orea dan durian pada harga RM15.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan adalah penilaian yang agak rendah diberikan Jason iaitu hanya 4.2 daripada 10 markah.
Ulas Jason, inti durian yang digunakan adalah bukan seratus peratus durian sebenar, tetapi telah dicampur dan diadun dengan kastard.
Hal ini sekali gus memberi pandangan berbeza terhadap wargamaya apabila sebelum ini makanan tersebut sering laris dan orang ramai sanggup beratur panjang di kedai untuk mendapatkannya.
Dalam pada itu, video ulasan berkenaan telah mendapat perhatian tuan empunya badan iaitu Kieda.
Kieda mengakui kebenaran yang diperkatakan Jason kerana inti durian crepe tersebut sememangnya dimasak bersama kastard.
Terima kasih Jason sudi rasa produk saya. Betul, durian crepe saya inti dimasak custard, yang tak suka durian akan boleh boleh makan crepe durian saya.
Sumber: TikTok