Pelakon dan penyanyi Kilafairy memberitahu dirinya belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kilafairy Rujuk Ustazah, Risau Arwah Ibu ‘Disoal’ Kerana Masih Simpan Baju – ‘Saya Pakai & Ada Sedekahkan’
Artikel Berkaitan: Kilafairy Trauma Dengan Hospital, Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon – ‘Tiga Bulan Jaga Arwah Mama Di Wad’
Tak tergesa nak kahwin
Tidak tergesa-gesa untuk berkahwin, pemilik nama lengkap Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi.
Saya tidak fikir pun fasal kahwin, kalau ada jodoh itu adalah. Kalau ada dengan orang yang serasi, insya-Allah.
Sejujurnya sekarang saya tidak berasa sunyi pun. Saya seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri. Dekat rumah saya ada kucing yang teman.
Kilafairy berkongsi mengenai perkara itu menerusi video temu bual di TikTok Mingguan Wanita.
Dalam pada itu, Kilafairy memberitahu dia tidak berasa sunyi meskipun hidup sendirian kerana ada rakan-rakan yang sentiasa menemani.
Kawan-kawan pun ramai, mereka sentiasa bersama saya, seperti Izara Aishah dan yang lain.
Sementara itu, disoal mengenai impian memiliki zuriat, anak kepada penyanyi terkenal Allayarham Rohana Jalil itu menjawab dia sudah lama mengimpikan.
Dari dahulu lagi, dari sekolah memang impikan mahu ada anak sendiri.
Sumber: TikTok