Sejak kebelakangan ini, nama pelakon dari Korea Selatan iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won menjadi perbualan hangat di media sosial selepas didakwa sedang hangat bercinta.
Kim Soo Hyun, Kim Ji Won hangat bercinta?
Desas-desus mengenai hubungan mereka mula menjadi perhatian ramai sejak masing-masing bergandingan dalam drama yang sama iaitu Queen of Tears. Tak dinafikan, keserasian aktor dan aktres ini dalam drama tersebut membuatkan penonton mengharapkan hubungan mereka berterusan ke dunia realiti.
Malah satu demi satu spekulasi mengenai hubungan mereka mula ‘dihidu’ para peminat termasuk dakwaan Kim So Hyun dan Kim Ji Won meluangkan masa bersama dengan bermain golf. Peminat mendakwa melihat pergelangan tangan kedua-dua pelakon itu sedikit ‘tanned’ disebabkan cahaya matahari.
Kemudian timbul pula dakwaan, mereka berdua memakai rantai leher yang memiliki bentuk yang sama. Namun apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut apabila Kim Soo Hyun memuat naik satu foto di Instagram yang memaparkan dirinya melakukan gaya ‘posing’ sama seperti yang dilakukan Kim Ji Won.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam Kim Soo Hyun selepas beberapa minit dimuat naik.
Sehingga kini, aktor dan aktres itu bertindak mengunci mulut dan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.