berita

Kini Korang Boleh Elakkan Pasar Raya Yang Sesak Untuk Berbelanja Dengan Selamat!

August 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

The Malaysian Reserve

Wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya merubah kehidupan harian kita kan? Ramai daripada kita yang masih takut-takut nak keluar dan seboleh mungkin nak elakkan tempat yang terlalu sesak.

Macam mana pun, kita masih kena keluar untuk membeli barang keperluan harian rumah. Nak beratur panjang dah satu hal, lepas tu nak kena jaga jarak sosial lagi. Kan best kalau kita boleh tahu sama ada tempat yang kita nak pergi tu ramai orang ataupun tak?

Haa..jangan risau. Sekarang ni, korang dah boleh gunakan Waze untuk mengetahui pasar raya dan pasar raya besar mana yang tak sesak dengan pengunjungnya! Nak tahu macam mana?

Susu Goodday bantu rakyat Malaysia beli belah dengan selamat!

Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini, susu kegemaran ramai, Susu Goodday telah memanfaatkan kepentingan teknologi digital apabila bekerjasama dengan aplikasi navigasi popular Waze bagi membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dalam norma baharu.

Seperti Susu Goodday, aplikasi Waze juga dah sebati dalam kehidupan kita. Selain berfungsi sebagai penunjuk arah, Waze juga kini dapat mengenal pasti lokasi pasar raya yang kurang sesak dalam radius yang ditetapkan di sekitar korang (sekitar Lembah Klang sahaja).

Contohnya, sekiranya korang memasukkan kata kunci seperti “groceries”, “supermarkets” atau “hypermarkets”, Waze akan mencadangkan laluan alternatif yang kurang sesak (seperti gambar paling kiri).

Ataupun ketika korang memandu dan pin (anak panah) berlogo Susu Goodday muncul pada peta (seperti dalam gambar paling kanan) korang boleh klik dan Waze akan menunjukkan laluannya. Mudah sangat kan?

MCO Day 7: Focus on social distancing at public markets, grocery ...

Menurut Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Perniagaan Alternatif dari Etika,

“Bukan mudah untuk kita semua menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, terutamanya dalam mematuhi penjarakan sosial. Jadi, kami berharap agar usaha yang dijalankan oleh Susu Goodday ini dapat meminimumkan pendedahan risiko kepada wabak yang sedang melanda negara kita, di samping membantu memudahkan urusan seharian para pelanggan”.

Jadi, lepas ni korang bolehlah membeli belah di pasar raya pilihan korang tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang lagi, okay!

Usaha murni Susu Goodday, satu inisiatif dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin!

Susu Goodday juga tanpa jemu telah menghiburkan rakyat Malaysia dengan pelbagai inisiatif ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, seperti menganjurkan konsert Tamil live di rumah, virtual moreh di bulan Ramadan serta memperlawa artis kegemaran korang ke rumah semasa Hari Raya melalui teknologi terbaru WebAR.

Kalau korang lihat, semua ini dilakukan oleh Susu Goodday dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur walaupun hanya duduk di rumah bagi mematuhi arahan kerajaan semasa PKP.

Image from Goodday Milk

Lepas ni, sebelum ke pasar raya, pastikan korang on aplikasi Waze dan cari pin (anak panah) berlogo Susu Goodday okay!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Susu Goodday dan sebarang aktiviti terkini, korang boleh layari layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia.

SKIP THIS AD ×