berita

‘Kira-Kira 20% Mata Kiri Saya Sudah Rosak’ – Ben Amir

February 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Ketika menjalani penggambaran babak aksi Ben Amir mengalami kecederaan sehingga menyebabkan aktor itu perlu menjalani pembedahan pada mata kirinya tahun lalu.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Alami Kecederaan Teruk Di Mata Kiri, Ben Amir Hampir Buta

Artikel Berkaitan: Tak Dapat Lihat Dengan Jelas, Mata Ben Amir Masih Belum Pulih Selepas Jalani Pembedahan

Alami fasa kemurungan

Pelakon drama Sweet Dream ini mendedahkan bahawa kecederaan itu telah membawa dia ke lembah kemurungan walaupun telah pulih selepas pembedahan dijalankan.

Dalam tempoh enam bulan sebelum ini, saya memang melalui fasa kemurungan dari segi mental dan fizikal.

Ben mendedahkan dia juga mengalami kesukaran memandu pada waktu malam akibat silau dan kesan pencahayaan yang tinggi sehinggakan dia perlu memakai kaca mata.

Doktor tidak mencadangkan saya untuk buat aktiviti lasak tetapi untuk hilangkan tekanan, saya keluar buat sesuatu yang saya suka seperti jalan-jalan dan hiking.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun ini, sudah mula ke lokasi penggambaran sejak awal tahun ini setelah lama berehat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×