Sebelum ini, pelakon Ben Amir memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan namun tidak menjelaskan secara terperinci.
Artikel Berkaitan: Tak Dapat Lihat Dengan Jelas, Mata Ben Amir Masih Belum Pulih Selepas Jalani Pembedahan
Proses pemulihan sangat sukar
Terbaharu, Ben mendedahkan dia mengalami kemalangan pada Jun lalu yang menyebabkan kecederaan di bahagian mata kiri. Akui berada dalam keadaan tertekan, pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin berkata dia hampir hilang penglihatan.
Kemalangan yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan. Proses pemulihan sangat sukar daripada segi mental dan fizikal. Saya sangat tertekan dan lemah. Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ben, 32, memuat naik video yang memaparkan proses pemulihan kecederaan mata yang dilihat teruk dengan tumpahan darah.
Terima kasih Allah
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon drama Sweet Dreams melahirkan rasa syukur apabila tahap kesihatan dirinya makin pulih selepas menjalani pembedahan.
Katanya, dia juga sudah mendapat kekuatan untuk terus bangkit menjalani liku-liku kehidupan.
Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.
Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya berada di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat mendoakan kesembuhan Ben di samping menitipkan kata semangat. Antaranya adalah Puteri Aishah, Nazim Othman, Daiyan Trisha, Kaka Azraff, Nadya Syahera, Yazmin Aziz, Anita Baharom, Puan Sri Tiara Jacquelina dan Raja Syahiran.
Sumber: Instagram @benamirr