Foto: benamirr
Bulan lalu, pelakon Ben Amir memaklumkan dirinya sedang menjalani pembedahan. Namun selepas membuat perkongsian tersebut, Ben juga membuat hantaran terbaru menunjukkan bahagian mata kiri Ben ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu selepas pembedahan dilakukan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mohon Maaf Jika Ada Melukai Mana-Mana Pihak’ – Ben Amir Jalani Pembedahan
Ben harap dapat lihat dengan jelas
Foto: benamirr
Terkini, pelakon Sweet Dreams itu telah memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya berswafoto. Namun apa yang mengejutkan, sebelah mata Ben kelihatan sangat merah.
Cuba untuk pulihkan kehidupan saya seperti biasa. 36 hari dan masih menghitung.
Masih tidak dapat melihat dengan jelas, semoga saya boleh mendapatkan penglihatan saya segera.
Ben yang kelihatan memakai kemeja-T putih beserta topi itu juga berharap agar penglihatannya kembali pulih seperti sedia kala biarpun mengambil tempoh yang lama.
Kemaskini tersebut secara tidak langsung menimbulkan keresahan peminatnya dan rakan-rakan selebriti lain. Ada juga yang mempersoalkan apakah yang terjadi kepada matanya setelah menjalani pembedahan pada bulan lalu. Namun tiada sebarang kenyataan terbaru yang dikeluarkan pelakon ini.
Sumber: benamirr