berita

Kiriman Kotak Misteri Ini Bikin Satu Office OHBULAN! Riuh & Kami Tak Tahu Siapa Pengirimnya

September 5th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Semalam kami di OHBULAN! ada menerima sebuah kotak misteri yang dikirimkan tanpa tercatat sebarang alamat atau nama pengirim. Kotak bewarna biru gelap ini hanya tertera perkataan #todayiwill.

Korang bayangkanlah reaksi team OHBULAN! macam mana. Ada yang excited, ada yang macam takut dan yang confused pun ada!

Tak ada pilihan, nak tahu isinya kami pun buka…

Memandangkan semua orang tertanya-tanya apa isi di dalam kotak misteri ini, maka kami pun bukalah kotak yang sederhana kecil tu. Admin agak excited jugaklah mana tahu ada hadiah best pulak kan dekat dalam.

Tapi, bila dah buka kotak tu, semua orang mula berkerut dahi dan suasana jadi makin pelik. Mana taknya, awal-awal lagi dah ada teks pelik yang berbunyi…

Celebrate being different. Uncover the unexpected. And indulge in the unknown. Your journey begins now.

Di bawah helaian teks tu pulak ada beberapa kepingan nota kecil, plaque lutsinar dan satu jam pasir bewarna hitam tersusun rapi. Dan of course, kami masih tak tahu nak buat apa dengan semua benda ni.

Mungkin ada mesej penting?

Lepas dah fikir punya fikir, kami pun cuba cari penyelesaian. Jam pasir ditegakkan dan semua makin teruja, macam real game pulak wei nak kena selesaikan isi dalam surat misteri tu. Kertas nota kecil pertama ditulis begini.

Time to start something new. The hourglass symbolises the eternal passage of time. Whilst it is a reminder that time is finite, it also inspires us to make the most of it – to embrace and welcome new beginnings.

Admin pun tiba-tiba jadi macam detektif dan berjaya gabungkan plaque lutsinar tu dan hasilnya tertera tarikh, masa dan lokasi pada plaque tersebut! Hm.. Nampaknya kami diundang ke satu event ‘misteri’ dan ya kami masih tak tahu event tu pasal apa. Nota kecil ketiga pulak tercatat:

Life. It isn’t measured by the things you own, but by memories and moments. Hook two of your friends up with these invites and go create some truly epic moments.

Jemputan paling epik!

Admin rasa, ini adalah jemputan media paling epik kami pernah dapat. Siapa organisernya masih jadi rahsia. Acaranya juga kami tak tahu tentang apa dan pendek kata semuanya masih jadi tanda tanya.

Apa yang menarik, nota terakhir dalam kotak yang sama disertakan dengan satu ‘cenderahati’ logam tercatat perkataan yang sama pada kotak iaitu #todayiwill.

Nota keempat tersebut ditulis begini:

Make your pledge and wear it proud.

So, korang rasa macam mana? Walaupun jemputan melalui kotak biru ini masih kekal misteri, team OHBULAN! dah sebulat suara akan hantar wakil untuk pergi ke acara misteri tersebut.

Yelah, teringin jugak nak tahu apa kaitan hashtag #todayiwill dengan jemputan epik ini. Dan kalau korang pun teruja nak tahu perkembangan pasal kotak biru ini, jangan lupa untuk terus tunggu update dari team OHBULAN! nanti.

SKIP THIS AD ×