berita

Kisah 3 Sekeluarga Tinggal Serumah, Tak Makan Selama 3 Hari Semasa PKP Undang Sebak

April 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, sudah pasti korang yang di rumah rajin masuk ke dapur. Maklumlah, masa sebeginilah korang dapat tunjuk kehebatan memasak dan makan bersama keluarga. Betul tak?

Namun, pernahkah korang berfikir bagaimana pula nasib mereka yang tidak berkemampuan? Di Kampung Pengkalan Lebai, Sungai Petani, Kedah, Mohd Zaki Salleh berkongsi kisah mengenai seorang budak lelaki dan keluarganya yang sudah tiga hari tidak menjamah makanan kerana hilang sumber pendapatan.

Hulurkan 5 bungkus nasi putih

Ini kisah realiti. Saya berhenti kereta. Datang adik Krisnen terus tanya uncle ada makanan? Saya sudah 3 hari tak makan. Saya cakap rumah ada berapa orang? Dia cakap 5 orang. Terus saya hulurkan 5 bungkus nasi putih siap gulai, sambal belacan dan ikan keli. Mesti family dia suka boleh makan malam ini.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Krishnan itu bertanya sama ada Mohd Zaki mempunyai makanan pada ketika itu. Menurutnya, sudah 3 hari mereka tidak makan. Selain bertanya mengenai makanan, Krishnan turut memberitahu bahawa bapanya tidak dapat bekerja dan hal tersebut membuatkan mereka sekeluarga hilang sumber pendapatan.

Selepas mendengar penjelasan anak kecil itu, Zaki telah memberi 5 bungkus nasi putih dan gulai buat mereka sekeluarga. Di kesempatan yang ada juga, Zaki turut melawat keluarga adik Krishnan dan memberi sumbangan kepada mereka.

Berbual dengan keluarga adik Krishnan

Satu rumah 3 dapur. Petang tadi saya sempat pergi rumah keluarga Adik Krishnan. Berbual hampir 30 minit. Kami cakap kami bawa makanan nak bagi dekat keluarga dia di rumah, baru dia mengikut kami dan membawa kami ke rumah beliau. Sampai di rumah, ibunya seperti wajah kerisauan melihat kami.

Kami terus keluarkan 2 bungkusan bahan mentah dan kenalkan diri kami. Rupanya keluarga Adik Krishnan salah faham tentang video yang tular di FB mengenai tingkah laku anak nya meminta makanan kepada kami. Ayahnya tidak suka anaknya meminta-minta seperti meminta sedekah.

Setibanya di rumah adik Krishnan, Zaki telah memperkenalkan dirinya serta menyerahkan 2 bungkusan bahan mentah buah keluarga itu. Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan menyatakan kanak-kanak tersebut tidak meminta-minta. Tambahnya, adik Krishnan merupakan insan yang bertuah kerana mereka berjaya ambil video dan kisahnya itu tular di media sosial. Penjelasan tersebut membuatkan ibunya hilang sedikit kerisauan.

Bagaimana mahu menjana pendapatan

Kami tanya di mana ayahnya? Ibu Krishnan cakap ayahnya keluar sekejap. Bila kami nampak ibunya sudah boleh menerima penjelasan kami, baru lah kami ceritakan tentang viral kisah adik krishnan telah di tonton lebih 200 ribu viewer hari ini sahaja dan semua nitizen begitu simpati dengan nasib yang menimpa adik Krishnan seisi keluarga. Ibu nya angguk-angguk tanda faham.

Mengenai perihal dalam rumah yang sedang mereka duduki sekarang. Mereka perlu membayar rumah sewa sebulan rm450. Duduk 3 keluarga bersama adik ayah Krishnan dengan berkongsi satu rumah 3 keluarga dan bayar sewa bahagi 3 satu keluarga rm150 sebulan. Mereka tinggal 11 orang dalam 1 rumah. (sebelas orang). Adik Krishnan ada 5 adik beradik dan dia anak ke dua. Adik Krishnan berumur 13 tahun dan sekolah di Sekolah Menengah Pengkalan Lebai Man. Ayah beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta dan sekarang tidak boleh bekerja sempena PKP. Ibu nya suri rumah sepenuh masa.

Di samping itu Zaki turut memberitahu bahawa mereka bukan mengambil upah walau 1 sen pun. Malah, mereka buat misi bantuan tersebut atas semangat kemanusiaan. Mereka faham bila seseorang individu tidak boleh bekerja, bagaimana mereka boleh dapat gaji. Oleh sebab itu, mereka mengerakkan misi bantuan kemanusiaan ini. Kisah dan video adik Krishnan antara kisah yang terkesan menurut Zaki sepanjang misi bantuan.

Zaki turut berpeluang mengetahui perihal dalam rumah kanak-kanak itu dan ayahnya bekerja sebagai tukang cuci kereta dan sekarang tidak boleh bekerja sempena PKP. Ibunya pula suri rumah sepenuh masa.

Sumber: Mohd Zaki Bin Salleh

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×