berita

Kisah Anak Umur 16 Tahun Dah Tunang Viral, Keluarga Restu & Teruja Bakal Dapat Menantu

November 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Walaupun usia baru sahaja belasan tahun, perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang dua pelajar sekolah menengah ini bertunang sebelum menuju ke fasa yang seterusnya. Tahniah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Usia bukan penghalang

Seperti video dikongsi seorang bapa dikenali sebagai Ude Hafizul menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, tampil menceritakan anak lelaki sulungnya selamat bertunang pada Jumaat yang lalu (12/11). Menerusi video tersebut, si bapa menceritakan anak lelakinya baru sahaja berusia 16 tahun dan bakal menantu berusia 17 tahun.

Alhamdulllah selesai majlis bertunang anak kami. Tak lama dapat menantu lah kita. Majlis bertunang anak sulung kami Aiman dan Wana.

Jika diikutkan, bakal menantunya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan calon menantu itu dipilih sendiri oleh mereka dan anaknya akur dengan kehendak tersebut.

Anak saya sulung, bakal menantu pun sulung. Yang perempuan 17 tahun, anak saya 16 tahun. Pilihan kami ni anak turutkan saja. Alhamdulillah. 12/11/2021 tarikh yang cukup indah untuk dikenang. Umur bukan halangan.

Menjengah ke ruangan komen, rara-rata netizen turut teruja dengan kisah pasangan muda ini dan turut mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.

Video penuh:

@udehafizul2 alhamdulilah selesai majlis btunang ank kami.@nuyuude1405 ? DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass – Yudha Paramata

@udehafizul2 Calon menantu babamama.@nuyuude1405 ? Sayang Sampai Mati – Repvblik

@udehafizul2 Ank ambe sulung bakal menantu pn sulung.yg prempuan 17 thun ank ambe 16 thun.pilihan kami ni ank turut kn je.alhamdulilah @nuyuude1405 ? DJ Beta Janji Beta Jaga Slow Bass – Yudha Paramata

Tahniah!

Sumber: Ude Hafizul & Nuyuude1405

SKIP THIS AD ×