Deepavali ni, memang tak lengkap tanpa kisah-kisah yang membangkitkan semangat, kan?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyinari Deepavali kali ini dengan filem yang menyentuh jiwa, “Arulini, Shining Star”, yang mengisahkan perjalanan hidup seorang penyanyi muda, Arulini Arumugam, yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa.
Dengan latar belakang yang penuh inspirasi dan perwatakan yang ceria, tak hairanlah Arulini menjadi kegemaran ramai!
“Arulini, Shining Star!”
Kisah Arulini ni memang bukan kisah biasa-biasa. Dari seorang gadis yang bercita-cita tinggi, dia kini dikenali ramai kerana kejayaannya dalam pertandingan nyanyian di peringkat antarabangsa.
Tapi apa yang buat kisah ni lebih menyentuh hati adalah bagaimana kasih sayang dan sokongan ibunya, Dr. Khasturi Ramalingam, sentiasa menjadi pendorong utama dalam setiap langkah Arulini menuju impian.
Thirukkural, panduan hidup & inspirasi
Apa yang menarik dalam filem ni, Thirukkural iaitu teks klasik Tamil yang mengandungi 1,330 bait menjadi pegangan hidup Arulini sejak kecil lagi. Setiap kali Arulini berdepan dengan kesukaran, ibunya akan berkongsi kata-kata daripada Thirukkural yang penuh dengan kebijaksanaan tentang etika dan moral.
Dalam filem ni, kita dibawa menelusuri bagaimana Dr. Khasturi menggunakan panduan ni untuk membimbing anaknya agar terus tabah dan positif walau apa jua cabaran yang datang.
Walaupun perjalanannya penuh dengan cabaran, tapi Arulini hadapi dengan penuh semangat!
Bersama kasih sayang dan bimbingan ibunya, Arulini tak pernah putus asa mengejar impiannya menjadi penyanyi terkenal.
Dalam filem ni, korang akan nampak betapa pentingnya peranan keluarga dalam memberi sokongan moral, terutamanya masa-masa sukar.
Jom tonton filem yang penuh dengan inspirasi ini!
Dibintangi oleh Arulini Arumugam sendiri bersama ibunya Dr. Khasturi Ramalingam, filem pendek berdurasi 4 minit ni boleh ditonton di saluran YouTube rasmi TNB, TENAGAofficial, pada 28 Oktober nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton kisah penuh inspirasi sempena Deepavali ini.
Sambutlah dengan penuh cahaya dan kasih sayang. Sebab, hidup yang dipenuhi cahaya paling bersinar yang membawa kegembiraan dan kebahagiaan sejati!