berita

Kisah Diadaptasi Ke Filem, Pembunuhan 7 Lelaki Oleh Wanita Didakwa Pelacur Ini Cetus Misteri

October 21st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekali pandang, tiada siapa pernah menduga di sebalik senyuman seorang wanita yang dikenali sebagai Aileen Wournos, terkandung perbuatan jahat yang telah dilakukan olehnya. Dunia pernah digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis yang dilakukan oleh Aileen.

Tragedi pembunuhan yang dilakukan olehnya terjadi sekitar tahun 1989 sehingga 1990 di Florida, Amerika Syarikat. Kejam!

Siapa Aileen Wournos?

Aileen Wournos atau nama sebenarnya Aileen Carol Pittman dilahirkan pada tahun 29 Februari 1954 di Rochester, Michigan, Amerika Syarikat. Zaman kanak-kanak yang sepatunya menjadi saat yang bahagia menjadi detik hitam baginya. Bapa kandungya, bertindak membunuh diri semasa menjalani hukuman penjara atas tuduhan mencabul kanak-kanak. Sementara itu, Aileen bersama abangnya, Ketih, telah ditinggalkan untuk tinggal bersama datuk dan nenek mereka.

Tidak berakhir di situ, apabila neneknya merupakan seorang pemabuk tegar dan datuknya terkenal dengan sikap panas baran dan bertindak menderanya secara seksual. Ketika berusia 14 tahun, Aileen telah disahkan mengandung akibat kerakusan rakan datuknya sendiri. Malahan, dia juga pernah melakukan hubungan seksual bersama abangnya sendiri. Setelah anak yang dikandungya selamat dilahirkan, bayi tersebut telah diberikan kepada keluarga angkatnya, kerana Aileen ketika itu tidak sanggup menjaga bayi itu. Setelah itu, dia telah dihalau oleh datuknya dan terpaksa tinggal di hutan kerana tiada tempat untuk berteduh.

Setelah dihalau rumah, dia tidak lagi bersekolah berikutan tidak mempunyai sebarang wang bagi membiayai yuran pengajian. Terdesak kerana tidak mempunyai sebarang wang, Aileen mula berjinak-jinak dalam bidang pelacuran bagi mendapatkan wang untuk dirinya, dia juga pernah beberapa kali ditahan pihak berkuasa atas kesalahan seperi mencuri, merompak dan memalsukan cek.

Aileen ketika itu sempat juga berkahwin dengan seorang lelaki tua kaya yang dikenali sebagai Lewis Fell, berusia 69 tahun pada tahun 1976. Namun, nasib malang sekali lagi menimpanya, apabila mahligai cinta yang dibina hanya bertahan selama sembilan minggu. Selepas 10 tahun Aileen bercerai, dia mula menjalinkan hubungan songsang dengan seorang wanita muda iaitu Tyria Moore, 24 tahun di Daytona, Florina. Bibit-bibit cinta mula wujud antara mereka berdua.

Mangsa kekejaman

Gambar mangsa Aileen

Antara mangsa yang telah dibunuh oleh Aileen adalah Richard Mallory, David Spears, Charles Carskaddon, Petter Siems, Troy Burress, Charles Humphreys dan Walter Jeno Antonio. Pada hujung tahun 1989 Mallory merupakan mangsa pertamanya ketika itu. Pada November 1990, barulah pihak berkuasa mengetahui jumlah mangsa kekejaman Aileen, adalah sebanyak tujuh orang. Semua mangsanya dipercayai menjadi pelangganya terlebih dahulu dan mereka ini ditembak dengan jarak yang dekat.

Mangsa-mangsa ini telah dibunuh di sepanjang jalan raya Florida dan mayat-mayat ini akan ditinggalkan di merata tempat. Sebagai contoh, mayat Mallory dijumpai di tempat longgokan sampah, manakala mayat-mayat lain dijumpai pada bulan yang berikutnya. Kronologi setiap mangsanya adalah seperti berikut:

  1. Richard Mallory telah dibunuh pada 30 November 1989. Aileen ketika itu betindak menembak dengan beberapa das tembakan kepada Richard di hutan sebelum meninggalkan keretanya.
  2. David Spears telah dibunuh pada Mei 1990. Dia merupakan seorang pekerja binaan yang berusia 47 tahun di Winter Garden, Florida. Pihak berkuasa menjumpai mayatnya pada 1 Jun 1990, dalam keadaan telanjang  di Jalan A.S. 19 dan terdapat kesan enam das tembakan pada badannya.
  3. Charles Carskaddon telah dibunuh pada 31 Mei 1990. Mayatnya dijumpai setelah lima hari pihak berkuasa menjumpai mayat David Spears. Ketika kejadian, David telah ditembak dengan sembilan das tembakan dan mayatnya dibungkus dengan selimut elektrik. Mayat Charles ketika dijumpai sudah mula reput dengan teruk.
  4. Peter Siems telah dibunuh pada Jun 1990. Pada Julai 1990, kereta milinya dijumpai di Orange Springs, Florida. Malangya mayat Peter sehingga kini gagal ditemui.
  5. Troy Burress telah dibunuh pada Julai 1990. Dia dilaporkan hilang pada 31 Julai 1990 dan pada 4 Ogos 1990, pihak berkuasa menjumpai mayatnya di kawasan hutan di sepanjang Jalan Negeri 19 di Marion County. Ketika dijumpai mayatnya sudah terurai, dan mempunyai dua das kesan tembakan.
  6. Charles Humphreys telah dibunuh pada September 1990. Mayatnya dijumpai di Marion County pada 12 September 1990 dan ketika dijumpai mayat itu masih berpakaian lengkap. Charles turut dipercayai telah ditembak sebanyak enam kali di bahagian kepala dan badan.
  7. Walter Antonio telah dibunuh pada November 1990. Mayatnya dijumpai pada 19 November 1990, di sebuah jalan di Dixie Country. Ketika dijumpai, mayat mangsa berada dalam keadaan bogel dan telah ditembak di bahagian belakang kepala sebanyak empat kali.

Pihak berkuasa akhirnya dapat mengesan Aileen walaupun dia sering aliases (bertukar-tukar watak) bagi mengaburi pihak berkuasa. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, apabila pihak berkuasa menjumpai cap jari dan beberapa kesan telapak tangan di dalam kenderaan milik Peter sebagai bukti utama. Akhirnya Aileen telah ditangkap pada tahun 1991, di sebuah kedai minuman yang terletak di Port Orange, Florida.

Hukuman dijatuhkan

Sekadar gambar hiasan

Tragedi kejam yang dilakukan oleh Aileen mendapat sambutan yang hangat daripada pihak media. Semasa perbicaran dijalankan, Aileen menegaskan bahawa dia telah diperkosa dan diserang oleh Mallory, demi mempertahankan diri ketika itu, dia bertindak untuk membunuh Mallory. Mallory sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selama satu dekad atas kesalahan melakukan serangan seksual.

Semua pembunuhan yang dilakukan adalah untuk mempertahan diri saya sendiri.

Pada 27 Januari 1992, pihak mahkamah mendapati Aileen bersalah atas pembunuhan yang melibatkan Mallory dan telah dijatuhkan hukuman mati. Namun, selepas beberapa bulan berikutnya, Aileen telah mengaku bersalah atas pembunuhan lima lelaki yang lain dan dia turut dikenakan hukuman yang sama seperti sebelum ini.

Tidak berakhir di situ, di luar mahkamah Aileen mengaku dia pernah membunuh seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Siems, namun mayatnya tidak berjaya ditemui oleh pihak berkuasa. Setelah 10 tahun menunggu, Aileen bertindak memecat peguam belanya yang ketika itu sedaya upaya untuk menangguhkan hukuman mati yang bakal dikenakan kepadanya.

Akhirnya, Aileen menemui ajalnya apabila telah disuntik dengan suntikan maut pada pagi 9 Oktober 2002, kira-kira 18 tahun yang lepas. Sebelum disuntik, dia sempat menolak makanan terakhirnya dan meminta untuk digantikan dengan kopi. Mayatnya telah disebadikan di sebuah pokok di kampung halamannya.

Kisah asal diadaptasi ke filem

Kisah pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Aileen telah diadaptasi menjadi sebuah filem bertajuk Monster. Filem tersebut ditayangkan pada tahun 2002 kepada orang awam.

Tambahan pula, kisah ini turut dijadikan dua dokumentari yang bertajuk The Selling of a Serial Killer (1993) dan Aileen: Life and Death of a Serial Killer (2003) yang menceritakan selok belok kehidupan Aileen sejak kecil.

Sumber: Biography, Jack Lester , Youtube FilmDaily

SKIP THIS AD ×