berita

‘Maintainence Pakai Selotep Je’ – Lelaki Kongsi Kisah Mencuit Hati Naik Flight ‘Redho’ Airlines

December 21st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Setiap orang yang pernah menaiki kapal terbang untuk melancong pasti mempunyai pengalaman mereka tersendiri. Ada yang pernah ditahan oleh kastam kerana membawa barang terlarang, tertinggal passport dan sebagainya.

Begitu juga dengan seorang lelaki ini dimana, Mohd Aiman berkongsi pengalaman beliau menaiki kapal terbang di sebuah lapangan terbang di Yaman. Apa yang menariknya, prosedur sebelum menaiki kapal terbang di negara tersebut sangat berbeza dan unik.

Pintu pagar dah kena uji

Redho Airlines

Flight paling tawakkal dan paling unik la aku pernah naik!

Lepas habis urusan misi kecemasan Yaman selama 8 hari, kini tiba kitorg balik ke dunia nyata.

Kalau sebelum ni aku uruskan misi Syria di sempadan Turki, Jordan dan Lebanon, boleh kata banyak juga kerenah aku lalui contohnya drone kena rampas kat Jordan, transit 18 jam thanks to kesayangan saya Nadia Rahmat buat seprise dan macam2 lagi..pengalaman kat Yemen ni paling unik setakat ni

Sampai2 kat checkpoint pertama, pintu pagar nak masuk dia dah uji..kena tahan, pastu dia tanya..korang ada bawak senapang ke, kalau ada tolong tinggal kat sini..haha

5 kaunter periksa passport

Dah parking, dia nak masuk ke dalam airport tu kena scan pulak untuk tapis barang2 terlarang..antara yg terlarang masuk dalam airport adalah daun khat, senjata api dan batu akik..yes, batu yg buat cincin tu..dia tak bagi bawak masuk dalam airport..haha artifak khazanah negara katanya

Negara Yaman ni adalah salah satu negara middle east yg termiskin, jadi facility airport dia kurang canggih sket..bayangkan boarding pass flight mcm tiket masuk funfair je..tak pakai print, tulis pakai tangan je..haha no seat takde, maklumat beg yg check in pun takde..ikut suka hati kau la nak, yang penting boleh fly sudah lah

Next, mungkin sebab flight dia hanya satu je seminggu, semua pekerja airport dia bersemangat terlebih..yang jaga pintu gate masuk dah acah2 officer dah kitorg tengok..yelah, dalam seminggu tu sekali je ko kena perform..jadi sekali tu je la ko jadi hero..haha..bayangkan utk uruskan passport , kalau kat malaysia kita pkai satu kaunter je, kat sini dia jadi 5 checkpoint!

Maintainence pakai selotep

Lepas ko dah masuk beg, sebelum cop pasport akan ada polis cek betul ke tiket ko on time..pas dah ok, gi cop pasport, pas dah cop, beratur lak dia nk scan passport ko, dah scan..beratur lagi tunjuk kat org nk pastikan passport dah cop ke belum..dah masuk dlm waiting lounge, dia cek lagi tiket sebelum gi naik flight..aku like, whatt?? sorang je kot boleh buat semua tu..dia pakai sampai 5 orang! Hahaha unikkk mungkin sebab kebosanan kot kat airport tu seminggu sekali je ada orang..kita kasi tiaww sama ini orang2 nk fly

Dah naik flight, kapal terbang dia memang dhoif gila la..maintainence pakai selotep je repair panel2 rosak/longgar..asal boleh je lah kau

Last but not least, bila nk masuk flight tu aku tunjuk tiket kat pramugari..pramugari dia memang makcik dah tahap mak-mak kita Ustakk kata mcm HKL lukis kening..ko bayangkan la..haha
Aku tanya seat number? Where is my seat? Dengan bersahaja je makcik tu cakap, “free seating! U can seat anywhere u want” hahaha Makanan takleh pilih2..ape makcik tu bagi ko makan je..ada yg dapat spaghetti, ada yg dpt nasik

Sekian perkongsian saya
Btw dlm flight 3 jam tu aky memang tawakkal betul..duduk tingkap tepi enjin, harap2 dia tak repair enjin tu pakai selotep je

Next nnt aku share pengalaman kat airport sudan lak..lagi unik!

Sumber: Mohd Aiman Bin Mohd Amir

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×