Hari ini heboh apabila video kononnya seorang kanak-kanak diberi makan cacing oleh pembantu rumah. Admin awalnya pon terkejut tengok dan geli pon ada. Video ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa marah mereka.
Tapi setelah diselidik, lain pulak kisahnya. Sebenarnya ibu kanak-kanak itu sendiri yang menyuapkan cacing. Dan video ini dirakam di Lombok, Indonesia sempena Pesta ‘Bau Nyale’. Itulah…Jangan cepat sangat buat andaian.
Pesta Bau Nyale.
Pesta Bau Nyale ni salah satu pesta yang tertua dekat Lombok. Pesta ini disambut sebagai simbol kesyukuran rakyat Lombok. Maksud ‘bau’ adalah menangkap dan ‘nyale’ pula sejenis cacing laut.
Pesta ini setahu sekali ja sebab cacing jenis ‘Nyale’ ni memang keluar setahun sekali ja. Jadi orang Lombok akan keluar ramai-ramai untuk tangkap cacing Nyale yang muncul di sepanjang pesisir selatan pulau Lombok.
Tradisi popular orang Lombok.
Lepas tangkap cacing, memang tradisi untuk mereka makan cacing hidup-hidup. Selain daripada itu, diorang ada jugak olah cacing ni jadi makanan lain. Menarik jugak pesta ini. Tapi admin tak sanggup tengok video ni. Ahaha.
Kredit : Tribun News