berita

Kisah Penghuni ‘Berani Mati’ Di Banglo Usang Ini. Sehinggakan Ular Dibunuh & Dijadikan Makanan Untuk ‘Survive’

June 28th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Bayangkan jika anda tempat untuk berteduh tetapi tidak punyai wang untuk beli bekalan makanan dan tidak punyai pekerjaan. Ini berlaku pada lelaki bernama, Zul Karani Ishak yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan apabila dia sanggup menjadikan ular sebagai makanan kerana terlalu lapar. Baca luahan Zul mengenai pengalamannya menghuni rumah usang dikelilingi semak samun serta banyak dengan binatang liar seperti ular, lipan dan serengga berbisa.

Bunuh ular, jadikan makanan kerana terlalu lapar

Foto kredit: Harian Metro

Zul Karani Ishak (46 tahun) mendakwa pernah membunuh dan menjadikan ular sebagai santapannya selepas beberapa hari tidak makan. Ini kerana Zul tidak punyai wang dan pekerjaan sejak empat tahun lalu selepas bercerai dengan isterinya dan kini Zul tinggal di banglo usang di Kampung Bukit Temiang, Seremban.

Ketika ditemui selepas menerima bantuan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9), Zul berkongsi;

Di sini banyak ular dan saya pernah membunuh beberapa ekor ular tedung selar yang mengganggu. Pernah juga ular itu saya jadikan ‘santapan’ akibat kelaparan selepas beberapa hari tidak makan.

Sebenarnya saya perlukan kerja bagi menampung hidup. Saya tak kisah pun apa jenis pekerjaan asalkan mampu menanggung makan minum saya sendiri. Dahulu saya pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan tetapi sudah ditamatkan kontrak.

Kawasan rumah bahaya- punyai binatang berbisa & sering alami perkara mistik

Zul bercerita bahawa rumahnya memang merbahaya kerana banyak binatang berbisa seperti lipan, ular dan serengga berbisa. Selain itu, Zul turut berkata dia sering berdepan dengan gangguan mistik di rumah usang itu. Walaubagaimanapun, ia bukan masalah besar baginya kerana sudah terbiasa.

Pernah ketika sedang tidur, seekor ular tedung jatuh dari bumbung namun saya sempat menetaknya dengan parang yang sentiasa ada di tepi tilam.

Selain bumbung rumah yang menunggu masa untuk runtuh, setiap malam saya terdengar suara perempuan ‘mendodoi’. Pada mulanya saya takut tetapi kini perkara itu sudah jadi kebiasaan.

Seorang penduduk di kawasan kampung itu, Nur Iza Rusli berkata Zul seorang yang baik dan sering bertegur sapa dengan penduduk. Zul juga tidak pernah menganggu orang lain. Zul juga juga pernah menumpang suaminya jika mahu keluar mencari kerja atau mendapatkan makanan.

Zul mendakwa dia perlukan kerja tetapi tidak mampu kerja berat lagi kerana hadapi masalah tulang rusuknya yang pernah patah.

Kasihan juga saya tengok keadaan hidupnya tetapi dia tidak pernah meminta.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×