berita

Kisah ‘Roxelana’ Jadi Sumber Inspirasi Tema, Sugarscarf Jual Koleksi Aidilfitri Dengan Harga Rahmah

March 26th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Garden of Hurrem Eid 2023 merupakan tema koleksi Aidilfitri Sugarscarf yang diambil daripada sumber inspirasi kisah Roxelana, isteri kepada Sultan Sulaiman pertama. Rekaan menyerlah buat kali ini sememangnya sempurna buat penyeri elegan bagi meraikan Aidilfitri.

Dengan bertemakan Garden of Hurrem, Sugarscarf Lovers bakal disedikan dengan tiga edisi rekaan daripada koleksi tersebut. Tema ini juga merupakan kesinambungan daripada koleksi lalu yang bertemakan daripada Maghribi.

Artikel Berkaitan: [TIPS] Tak Reti Nak Gayakan Baju Dengan Aksesori? Jom Kami Kongsikan Tips Mudah Untuk Lebih Menawan Raya Ini!

Pelanggan setia jadi model

Membuka tirai koleksi ialah variasi tudung ‘mixed satin’ yang dilancarkan pada 21 Mac 2023 manakala edisi ‘Ibu & Anak’ daripada seleksi material ‘Japanese Cotton Voile’ akan mula dijual pada 31 Mac. Koleksi yang ketiga akan dikeluarkan pada 7 April yang bertemakan ‘Ironless Premium Pleats Scarves’.

Menurut pengasas Sugarscarf, Eyqa Sulaiman, mereka memilih untuk memperkenalkan koleksi terbaru, Garden of Hurrem dengan idea yang menampilkan barisan pelanggan setia sebagai ‘wajah’ pada Sugarscarf Raya Showcase yang berlangsung pada 21 Mac 2023 di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur.

Pemilihan para pelanggan untuk memperagakan koleksi raya tahun ini adalah salah satu bentuk penghargaan kami kepada mereka. Selama 13 tahun Sugarscarf bertapak dalam industri fesyen tanah air, mereka antara pelanggan yang setia dengan jenama ini sejak ia bermula sehingga hari ini.

Tiada wajah yang lebih istimewa untuk kami tampilkan kerana mereka merupakan kekuatan Sugarscarf. Tanpa pelanggan setia ini, kami mungkin tidak dapat bertahan untuk tempoh lebih sedekad.

Sugarscarf Riang TikTok

Bukan itu sahaja, Sugarscarf melancarkan kempen Sugarscarf Riang TikTok yang memfokuskan terhadap koleksi harga serendah RM39. Difahamkan, terdapat sebanyak 10 rekaan dan warna yang dilancarkan.

Kempen ini merupakan kali pertama buat Sugarscarf sendiri kerana sebelum ini tudung dijual pada harga RM99 ke atas oleh kerana kualiti yang dititikberatkan.

Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan raya tahun ini dengan menyertai Kempen Buat Duit Raya Ka-Ching! dengan menjadi ‘Sugarscarf Warrior’.

Mereka tidak perlu bersaing menjual dengan produk di butik memandangkan koleksi Sugarscarf Riang TikTok hanya boleh dibeli pelanggan daripada mereka.

Dengan pembelian minimum 50 helai bermodalkan RM1.3k, mereka boleh membentuk pasukan jualan sendiri, agen atau jual secara langsung kepada pelanggan. Selain itu, setiap stokis juga dihadkan membeli 1,000 helai sahaja untuk setiap pembelian kerana kami mahu peluang ini dinikmati ramai, walaupun dengan modal rendah.

Pelakon Nad Zainal dan Cariona Ross turut dijemput menjadi tetamu istimewa pada majlis Sugarscarf Raya Showcase yang mengangkat tema Garden of Hurrem. Bagaimanapun, Nad tidak dapat menghadirkan diri atas sebab masalah peribadi.

Kepada yang berminat, boleh dapatkan koleksi tudung Garden of Hurrem di laman web www.sugarscarf.com atau butik-butik serta gedung fizikal bermula hari ini. Manakala, koleksi Sugarscarf Riang TikTok akan bermula pada awal April 2023 dan boleh didapati menerus Sugarscarf Warrior, stokis agen atau affiliate.

Untuk info terkini produk dan maklumat jenama Sugarscarf boleh ikuti Facebook Sugarscarf, Instagram @sugarscarf dan TikTok @sugarscarf.hq.

SKIP THIS AD ×