berita

[TIPS] Tak Reti Nak Gayakan Baju Dengan Aksesori? Jom Kami Kongsikan Tips Mudah Untuk Lebih Menawan Raya Ini!

December 29th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Baju raya dah ready, kasut dah ada, tudung raya pun dah siap beli, hmm..apa lagi yang belum ada eh? Haa..mestilah aksesori raya! Aksesori ni termasuklah, barangan perhiasan seperti rantai, gelang, jam tangan, brooch dan beg tangan.

Yelah, aksesori ni boleh dikatakan sebagai pelengkap gaya seseorang dan dapat menonjolkan penampilan si pemakai, terutamanya kaum wanita. Eh..dah nak dekat raya ni, korang dah beli ke aksesori yang akan disuai padan dengan baju raya nanti?

Tak tahu nak beli aksesori yang macam mana? Takut nampak over? Tak reti nak gayakan? Hmm..jangan risau, kalau tak tahu nak pilih aksesori yang sesuai, jom ikuti tips-tips yang min kongsikan ni!

Elakkan pilih aksesori yang sama warna dengan baju dan kasut

Shopee

Trend baju, kasut dan tudung warna sama ni so yesterday..Jangan takut untuk bereksperimen dengan gaya-gaya terkini dengan menggayakan warna-warna yang tengah in dan padankan dengan aksesori dalam rona warna yang seakan-akan sama ataupun sedikit terang dari warna baju.

Contohnya, sekiranya baju raya korang tidak bercorak atau plain, boleh padankan dengan rantai mutiara labuh.

Pilih aksesori yang tidak sarat

Nak bergaya ni boleh, tapi janganlah pilih aksesori yang melampau sampai nampak macam mami jarum pulak! Boleh je kalau korang nak gabungkan beberapa aksesori, tapi make sure jangan melebihi tiga atau empat aksesori. Yang penting, aksesori tu mestilah sepadan antara satu sama lain.

Kalau korang nak layering rantai, takde masalah. Tapi pastikan ianya dalam warna dan jenis yang sama dan dari saiz yang berbeza.

Jangan campur banyak jenis aksesori

Pinterest

Bila nak pakai aksesori, layering rantai atau gelang tangan memang onz! Tapi, pastikan rantai atau gelang yang korang pakai tu adalah dari jenis yang sama. Contohnya, jangan campurkan rantai atau gelang dari material metal atau silver dengan pearl dan emas. Nampak tak kemas dan agak sarat.

Saiz kena betul!

Nak gayakan aksesori ni bukan boleh pakai hentam je tau. Saiz mestilah betul! Kalau korang pakai baju yang simple, korang boleh pilih aksesori yang sederhana saiznya sebab tak nak nampak over!

Contohnya, korang boleh gayakan brooch, rantai atau gelang tangan dengan saiz yang sama asalkan sepadan dari segi warna dan gaya.

Haa..amacam? Lepas ni, korang janganlah rasa tak yakin dan segan nak menggayakan aksesori. Kalau korang ni jenis yang tak suka pakai aksesori, jangan risau. Pakai jam tangan sahaja pun boleh menyerlahkan gaya korang tau! Yang penting kena confident! 

Admin harap tips-tips ni serba sedikit dapat membantu korang. Selamat Hari Raya dari OHBULAN!

 

SKIP THIS AD ×