Jodoh, rezeki, ajal dan maut telah ditetapkan Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam rahim ibu lagi. Sebagai muslim, kita hendaklah berserah dan percaya kepada takdir yang telah ditetapkan ini.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Nordiah memaklumkan bahawa anak lelakinya iaitu Muammar Ashraf Bin Ahmad Faizuli telah jemput Ilahi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila Allahyarham pada ketika itu dalam perjalanan menjadi imam dan mengajar al-Quran.
Perginya seorang anak yang berbakti
Sebelum ini, ibu Allahyarham iaitu Nordiah menerusi akaun Facebook miliknya ada memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Berikutan daripada insiden itu, Allahyarham kemudian dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan serius pada bahagian otak.
Menerusi perkongsian terbaru Nordiah di Facebook, dia memaklumkan bahawa anak lelakinya itu telah dijemput Ilahi pada 10 Julai 2020. Wanita ini sempat meluahkan rasa sedih dan dalam masa yang sama dia bersyukur dan berbangga kerana memiliki seorang anak yang sangat bertanggungjawab serta berbakti kepada keluarga.
Al-fatifah buat anak ummi. Amar adalah anak syurga ummi abah. Amar anak yang baik, adik dan abang yang baik. Ummi abah bangga dapat anak seperti Amar. Disaat-saat akhir Amar, Amar banyak berbakti kepada ummi abah. Banyak khidmat dengan keluarga. Allahhuakhbar. syurga tempat Mu. Muammar Ashraf, ummi rindu nak dengar suara gurauan mu dengan adik-adik.
Pengakhiran yang dicemburui
Sementara itu, seorang pengguna Facebook iaitu Muhammad Iqbal Maharani turut berkongsi rasa duka atas pemergian Allahyarham walaupun mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain apatah lagi bersua muka. Menurut individu ini, pengakhiran Allahyarham amat dicemburui ramai kerana dijemput Ilahi pada hari Jumaat ditambah pula dengan segala kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.
‘Rehat di taman syurga’
Sempat hadiahkan telefon dekat adik
Matikan suis mesin sokongan hayat
‘Terlalu banyak petanda baik’
Mereka turut mendoakan agar roh Muammar Ashraf bin Ahmad Faizul berada dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan khusnul khatimah menjadi miliknya.
Sumber: Nordiah, Muhammad Iqbal Maharani