berita

Kisah Sebak Fynn Jamal Dianiaya Semasa Berniaga Bazaar Ramadhan

June 16th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-06-16 at 12.08.21 PM

Sedar tak sedar, lagi 2 hari kita akan bertemu dengan bulan yang penuh kerahmatan, bulan Ramadhan Al Mubarak.

Seperti biasa, ramailah yang akan mengambil kesempatan untuk mencari rezeki lebih di bulan Ramadhan termasuklah Fynn Jamal.

Tapi, kalau dah nama pun berniaga. Mesti ada orang yang dengki dan mula nak sabotaj perniaagaan orang lain, macam yang berlaku kepada Fynn ni lah. Ish. Tak baik betullah sekat rezeki orang lain.

Berniaga zaman universiti

Screen Shot 2015-06-16 at 12.10.48 PM

(sekadar gambar hiasan)

Zaman universiti dulu, aku dan kawan2 kumpul duit untuk sewa tapak pasar ramadhan. sorang kawan aku jual air, sorang lagi jual roti john. aku jual kuih.

setiap kali selepas berbuka aku akan pecahkan gula melaka berbuku2. rilek kejap. lepas tu kisar pandan. lepas tu tapis. lepas tu bancuh tepung pulut. lepas tu gentel satu persatu. lepas dah siap barulah boleh buat assignment.

esoknya lepas habis kelas, aku akan cari kelapa segar. parut. rebus sampai masak. salut dengan kelapa. semuanya elok masanya untuk waktu berniaga jam 3 petang. hari2.

Bisnes minggu pertama memberangsangkan!

Screen Shot 2015-06-16 at 12.11.55 PM

(sekadar gambar hiasan)

Perniagaan minggu pertama teramatlah memberangsangkan. setiap hari licin habis. mungkin sebab fresh. dan mungkin sebab aku tak kedekut gula melaka. mungkin sebab onde2 aku tembam dan murah. entah. tapi setiap hari habis sahaja. untung pun tidak banyak mana. setakat sehari tiga puluh ke empat puluh ringgit selepas tolak2 semua sewa etc.

Kedai sebelah ubah menu..

Screen Shot 2015-06-16 at 12.13.04 PM

(sekadar gambar hiasan)

Bila masuk minggu kedua, kedai sebelah yang pada mulanya jual lauk nasi campur tiba2 ubah menu. tiba2 dia tak jual lauk sudah siap dia. tiba2 masa dia buka gerai, dia pasang periuk atas meja. live onde2. maksudnya siapa order, dia rebus masa tu, jual masa tu.

aku terdiam. kakak sebelah ni malahnya aku selalu sadaqah roti john / kuih / air kedai kami. walau memang dingin dan macam tak mau berbual sangat– kami tak malu memberi. ini yang aku dapat. tapi aku pegang rezeki adalah hak allah. orang boleh buat macam2. kalau sudah nama rezeki– tetap rezeki.

Minggu kedua yang perit

Screen Shot 2015-06-16 at 12.14.44 PM

(sekadar gambar hiasan)

minggu kedua memang perit untuk aku. ada orang beli. tapi tak habis macam selalu. takpelah. mungkin rezeki untuk dibagi sesama peniaga bazaar (adat yang sweet, if you ask me). redha.

masuk minggu ketiga, segalanya kembali. mungkin kerana kami yakin pada rezeki. mungkin pelanggan yang lari rindukan onde2 tembam aku. haha. entah. biarlah.

Fitrah berniaga – Hasad & iri

Screen Shot 2015-06-16 at 12.15.30 PM

(sekadar gambar hiasan)

Tapi inilah dia fitrah berniaga. hasad dan iri. sehingga sekarang, semua masih jadi. akan ada siapa2 yang tiba2 sahaja yang dengki. mencuba utk menjatuh perniagaan kita. bila kita klik– eh, kita pula yang diblocknya. kita kenal pun tidak, tau2 dipasirkan periuk kita.

kalau dulu aku runsingkan mereka siapa. kenapa. apa punca. kini aku biarkan sahaja. rezeki dari allah. sikit atau banyak– terima.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×