berita

Kisah Sebak Seorang Ibu Bila Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia Semasa 9 Bulan

July 7th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

a

Ajal, jodoh, maut dan pertemuan adalah ketentuan Allah SWT. Semua yang berkahwin mahukan anak sebagai pengikat kasih sayang mereka.

Namun, segala yang berlaku ada hikmahnya. Pasangan ini terpaksa menerima kenyataan bahawa anak sulung mereka telah meninggal dunia semasa usia kandungan sudah cukup 9 bulan.

Assalamuailakum.  ~ Al-Fatihah ~

11.4.2014

Screen Shot 2015-07-06 at 11.09.06 PM

Genap sebulan. Dugaan FAD tak terfikir dek akal. Tak terfikir langsung.

Muhammad Sufi.

Pengalaman terindah. Masih lagi terngiang-ngiang gerakannya. Tepat 37 minggu dalam perut, masakan boleh lupa dalam sekelip mata. Namun, FAD mengambil masa untuk melupakan. Seorang ibu tak mudah. Terlalu berat.

Bermulalah cerita baru dalam hidup FAD. Kehamilan. Awal kehamilan hingga ke akhir semuanya baik, cuma adakalanya di akhir-akhir tu FAD semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.

Sholeh?
Alhamdulilah, dia berkorban untuk berpindah kesini sebelum FAD bersalin. Rezeki anak.

9/3/2014 – Ahad

FAD sedar awal pagi tu. Perut mengeras tapi belum ada tanda nak bersalin. Start rasa tak sedap hati, lepas solat subuh terus bagitahu Sholeh perut FAD mengeras tapi tiada movement dari baby. Kebetulan memang ada appoitment checkup dekat hospital bersalin pagi ni. Appoitmnet checkup pukul 11.30am tapi pukul 8am kami sudah bergerak ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital, FAD sempat berseloroh dengan Sholeh,

FAD : “Rasanya macam check in hospital harini”
Sholeh : “Eh, tak lah…”

Sebelum jumpa doctor, kami sempat breakfast dulu. Perut masih mengeras tapi kali ini, FAD dapat rasa pengerakan dari baby tapi perlahan, alhamdulilah sedikit rasa lega masa tu. Dalam hati terfikir, mungkin baby dah penuh dalam perut, tu yang pengerakannya agak perlahan.

Namun, dalam hati memang tak putus berdoa. Memang berdebar-debar, kali ni lain macam rasanya tapi kuatkan juga. Bila masuk jumpa doctor, masing-masing tersenyum riang. Kami berbual dalam keadaan yang gembira sampailah masa untuk scan baby.

“YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH……….”

Suka atau tidak, bersedia atau tidak, dugaan tetap akan datang. Seakan tak percaya……Sholeh bertanya,

Sholeh : “Doktor, apa maksud doktor sudah tiada?”
Doktor : “Sholeh, Fadzilah, anak awak sudah tiada”

Tergamam….. Doctor mengesahkan baby dalam kandungan sudah tiada. Baru beberapa jam. Ya allah, keadaan ketika itu seakan terhenti. Doktor terdiam. Kami terperanjat. Doctor scan berulang kali. Tali pusat tidak terbelit, air mentuban masih lagi cukup cuma, tiada pengerakan, tiada dengupan jantung dari baby. Sekelip mata!

FAD? Beberapa jam? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa FAD tak perasan?. FAD tertanya-tanya. Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un. Air mata mula mengalir. Sholeh masih lagi tenang dan kuat! Doktor terus membuka keseluruhan record kesihatan FAD. Dari A ke Z, doktor teliti.

Doktor : “Record cantik. Tadi saya ingat awak ada darah tinggi atau kencing manis, tapi record awak semuanya okay, tiada masalah. Kedudukan baby pun dah kebawah. Memang tunggu nak bersalin je ni.”
FAD : “Tapi doctor, tapi masa breakfast saya rasa pengerakan dia”
Doktor : “Awak rasa dia bergerak sebab baby mula menjauhi dari perut awak”
FAD : “Betul ke doktor dah tiada?”
Doktor : “Betul, tiada pengaliran darah dalam badan baby lagi.”

Doktor macam tak sanggup nak teruskan percakapannya. Doktor dan Sholeh pengang erat tangan FAD.

Doktor : “Fadzilah, awak kena reda, sabar, kuat! Dalam perut kita tak tahu apa yang berlaku. Jangan salahkan diri atau apa. Kita akan tahu punca sebenar bila awak melahirkan baby ini nanti, sekarang awak kena admit sebab kami akan induce awak untuk keluarkan baby ini. Baby awak dalam keadaan yang masih baik cuma dia dah tidak bernyawa. Dalam keadaan macam ni, kita kena back to basic, ingat Allah, ingat ini semua takdir Allah. Awak kena reda dan sabar”.

Mengigil…. Kuatkah FAD? Mungkin ada kata FAD gila atau terlalu ghairah. Kebarangkalian untuk baby survive tipis. Bukan tipis, memang sudah tiada. Tapi, mana ada ibu yang tidak berharapkan keajaiban. Apa yang akan berlaku adalah diluar bidang kuasa FAD. Lebih-lebih lagi disaat-saat kita sedang menanti hari sahaja. Namun, siapa kita untuk mempersoalkanya?

Admit… Akhirnya, Sholeh menangis, kami menangis. Ini kali kedua FAD nampak dia menangis sepanjang perkahwinan kami. Pertama, ketika ijab dan kabul kami. Sholeh kuat, menangis cuma seketika.

Sholeh memapah dan memeluk erat FAD, tidak sekali pun dia melepaskan. Dia tahu FAD lemah ketika itu. Sejurus urusan kemasukan hospital selesai, Sholeh menghubungi keluarga di kampung. Ternyata semuanya terkejut. Sukar untuk FAD ceritakan keadaan di kampung ketika itu. Rasa sedih menyelubungi keluarga lebih-lebih lagi mak dan mak mentua. Sedih kerana FAD. Perasaan seorang ibu. Masing-masing faham kepayahan mengandung 9 bulan.

10/3/2014 -Isnin

Screen Shot 2015-07-06 at 11.09.16 PM

Hari ke – 2, jalan baru buka 3cm. Disebabkan tiada gesaan, pembukaan jalan untuk bersalin mengambil masa yang agak lama. Sepanjang admit, masih mengharap keajaiban dari Allah. FAD semakin lemah, mungkin sudah semalaman bertarung menunggu pembukaan jalan untuk bersalin. Pagi di wad, FAD dan Sholeh membaca surah Yassin buat Sufi. Iya, Sufi. SUFI adalah nama akan diberi,sekiranya perempuan atau lelaki baby kami nanti.

11/3/2014 – Selasa

Hari ke – 3. Pagi ni, FAD tak dapat baca Yassin dengan Sholeh, FAD kian lemah. Sholeh bacakan Yassin disisi, hingga FAD terlelap. Sholeh takut, lalu dikejutkan FAD. Kami berbual, berbual tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan. Dalam keadaan sakit, air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Sudah terlalu banyak tertumpah. Sholeh tidak mahu FAD terus melayan perasaan.

Sedih… Lumrah manusia, bila ditimpa musibah akan bersedih. Usah ditanya tentang sedih kepada FAD. Kala diberi ujian sebesar ini, FAD kecundang. Betapa diri ini lemah. FAD malu pada ALLAH. Ya Allah……..ampunkan aku. Segera sembunyikan kembali tangisan yang masih bersisa. Kami yakin Allah ingin ganti dengan sesuatu yang lebih baik nanti. Amin.

This is the time….. Allahuakhbar, sekitar pukul 2 pm, air mentuban FAD pecah di atas katil wad, ketika itu jalan dah buka 4.5 cm. FAD sudah bersedia untuk bersalin. Kebetulan ketika itu Sholeh baru sahaja selesai solat Zohor. Sepanjang situasi itu, insan terpenting dalam hidup ada di sisi iaitu MAK, AYAH dan SUAMI. Ayat al-quran tak lekang dari mulut mereka.

Ini satu perjuangan! Badan FAD terlalu lemah. Dalam keadaan FAD ‘sibuk’ contraction, atas nasihat Mak, Sholeh menyuapkan FAD makanan memandangkan FAD masih belum menjamah makanan lagi. Itulah tenaga yang FAD ada.

Antara hidup dan mati, memang nyawa dihujung tanduk semata-mata hendak melahirkan zuriat dari darah daging sendiri. FAD disorong ke labor room (LR). Detik melahirkan hanya Allah saja yang tahu. Sholeh masuk ketika FAD hendak bersalin. Sholeh tahu FAD perlukan dia masa tu. Alhamdulilah, 4 kali teran, akhirnya FAD berjaya membawa keluar SUFI dengan izinNya. Bukan membawanya untuk melihat dunia, malah untuk terus ke Syurga ALLAH. FAD selamat bersalin secara normal, dengan mudah. Subahanallah. Terima kasih ya Allah.

3.02 pm, 3.08 kg

Tepat 3.02 pm, seorang bayi lelaki untuk kami dengan seberat 3.08kg. Itulah Muhammad Sufi. Lahir sahaja Sufi, rasa lega yang paling ditunggu-tunggu. FAD rasa ada titisan air jatuh ke dahi FAD. Sekali lagi, Sholeh menangis, dia menyaksikan segalanya. Sholeh senyum dan kucup dahi FAD sebelum dia keluar untuk menguruskan jenazah Sufi.

Siap saja urusan di LR, FAD terus dibawa masuk ke wad semula untuk berehat. Mak dan Sholeh menuggu FAD dengan rasa bersyukur. Sedih bercampur gembira. FAD sedar, hari itu FAD satu-satunya ibu yang tidak mendengar, maaf, tidak AKAN mendengar tangisan suara dari anak sendiri.

Sementara menunggu process pengurusan surat menyurat untuk membawa Sufi balik ke kampung untuk pengkebumian, kami sempat berborak,

Sholeh : “Terima kasih sayang, sayang memang kuat! Sayang berusaha keluarkan Sufi walaupun sayang tahu Sufi sudah tiada.”
FAD : “Takpe abang, saya akan simpan kenangan melahirkan Sufi ini baik-baik. Allah telah simpan dia. Dia telah keluar, dia telah pergi, dia anak kita.”

Mak, hanya mampu mengalirkan air mata. Mak terlalu faham perasaan seorang ibu.

Sumber: Nota Hati Ana Norfadzilah 

Facebook : Ana Norfadzilah

Note: Pasangan ini baru sahaja dikurniakan bayi perempuan yang dinamakan Aisyah pada bulan April yang lalu. Alhamdulillah.

Screen Shot 2015-07-06 at 11.16.57 PM

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×