berita

‘Mak Ayah Tinggalkan Saya Dengan Satu Botol..’ – Perkongsian Mak Nyah Undang Sebak Netizen

October 24th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, Ustaz Ebit Lew kini bergiat aktif memberi ceramah terbuka kepada golongan LGBT. Terbaru, perkongsian video terbarunya undang sebak netizen apabila salah seorang peserta berkongsi kisah duka sebelum terjebak menjadi mak nyah.

Menurutnya, dia ditinggalkan semenjak dari kecil dengan dibekalkan hanya sebotol susu dan tiga helai kain lampin. Sebak!

Jual diri sejak 12 tahun

Tengah malam buta baju saya basah dok edit video ni. Saya tak boleh berhenti fikir nasib Mas ni. Jual diri dilorong sejak umur 12 tahun.. Ditinggalkan ibu ayah sejak kecil.. Hanya berbekal botol susu dan 5 kain lampin. Saya tak boleh tahan nak bayangkan kalau anak saya sekarang ni umur 3 tahun ditinggalkan begitu.. Aduh..

Masa kecik tu macam mana lah Mas ni hidup bawa diri sorang-sorang.. Makan apa.. Tidur kat mana. Berjalan tanpa petunjuk.. Menangis tapi tidak dipujuk.. Bila penat dia terduduk.. Menunggu diri dipeluk. Saya dok bayang kalau jadi pada anak saya je..

Full video

Ya saya lawan gerakan LGBT.. Lawan gerakan LGBT, tapi bukan memusuhi mangsa LGBT. Antara sebab jadi begini adalah wujudnya demand, maka terhasil supply. Harap masa depan anak-anak kita lebih cerah. Supaya berkurangan kisah seperti Mas ini. Campur tangan pihak berkuasa sangat penting bagi bendung benda ini dari berlaku lagi.

Kami semua doakan Mas berubah dan hidup bahagia dan berjaya.. Amin.. Amin.. Amin..Video ni saya edit dari live Ustaz Ebit Lew.. Boleh korang tengok sana untuk full video..

Ramai sedih

Sumber : Wan Syafiq Wan Zahidi

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×