berita

Kisah Sedih Anak-Anak Syurga Ini Pasti Buat Korang Menitik Air Mata..

August 17th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Tidak semua orang dilahirkan bernasib baik dan diberi kesihatan yang sempurna. Perkongsian wanita ini buat kami sebak. Bayangkan seawal 2 tahun sudah mula menanggung derita penyakit. Paling menyedihkan apabila terpaksa mendapatkan rawatan di hospital sepanjang masa tatkala anak kecil lain bermain di luar.

Semoga perkongsian ini membuatkan kita tahu erti bersyukur. Sama-sama doakan adik-adik ini kuat dan tabah. Semoga keluarga mereka diberi kesabaran dan kuat menghadapi ujian Allah ini.

Pemilihan kostum berdasarkan permintaan anak-anak syurga

Suci kanser otot sejak 3 tahun

Suci – 7 tahun, menghidap kanser embroyonal rhadomayosarcoma ( kanser otot ) stage 3 sejak berusia 3 tahun. Suci telahpun habis semua rawatan dan sekarang beliau sedang berada di wad 8c HSI. Pada tahun 2013,Suci dimasukkan ke hospital selama seminggu. Selepas seminggu, ibunya perasan mata sebelah kanan Suci juling tiba2 padahal mata dia normal mcm kanak2 lain. Suci dirujuk ke pakar mata dab CT scan dilakukan. Sementara menunggu keputusan ct scan dalamasa 2 minggu lebih, hidung sebelah kanan pulak mengeluarkn darah yg berketul2. Kes ini turut dirujuk pula ke pakar bahagian hidung dan mereka mengesyorkan untuk diambil sampel ketulan darah yang keluar melalui hidung untuk dihantar ke makmal.

Hasil ct scan mendapati ada satu ketumbuhan di kawasan belakang mata, di hidung dan telah sampai jugak ke bahagian atas otal sedikit. Suci terus dirujuk ke doktor bahagian kanser kanak2 HSI. Suci telah menjalani kimoterapi sebanyak 9 putaran , 3 minggu sekali. Setelah habis saja 9 putaran kimoterapi, beliau hanya perlu datang untuk pemeriksaan sebulan sekali, 3 bulan sekali Untuk CT scan dan alhamdulilah, sepanjang tempoh 2 tahun itu, saiz ketumbuhannya tak pernah membesar. Pada bulan Februari 2018, Suci diduga lagi. Ibunya terperasan satu perubahan pada pipi sebelah kanannya agak tembam. CT scan dibuat dan sementara menunggu keputusannya, Suci mengadu pipinya sakit. Suci ditahan di wad dengan hanya ubat tahan sakit sementara menunggu keputusan CT scan.

Setelah keputusan keluar, doktor pakar kanser menjelaskan pipi yang tembam tu sebenarnya adalah kanser yg lama dulu di kawasan mata dan hidung, sudah beralih ke bahagian pipi pula. Doktor mencadangkan kimoterapi lagi sekali tapi kali ini hanya 6 putaran dan akan ditambah dengan rawatan radioterapi sebanyak 30kali. Doktor juga memberitahi bahawa ini adalah rawatan terakhir kerana sakit kanser hanya boleh di kimoterapi sebanyak dua kali saja. Seandainya masih ada sisa selepas kimoterapi dan radioterapi, mereka sudah tidak dapat membantu apa2 lagi. Sudah tiada ubat dan rawatan. Mereka hanya boleh membekalkn ubat tahan sakit, darah atau oksigen jika perlu..Suci tidak boleh dibedah lagi kerana kansernya berada di kawasan yg sukar untuk dibuang iaitu di kawasan mata dan hidung. Kini, setelah tamat 6 putaran kimo dn 30 kali radioterapi, ternyata sel kansernya tidak dapat dimatikan semuanya, masih tersisa. Tiada lagi rawatan utk Suci. Pada saat ini, Suci sedang melawan sakitnya, doakan untuk Suci terus kuat dan Allah maha mengetahui.. aaamiinnnn yra
bawanya ke klinik kesihatan pasir gudang, tetapi doktor berkata itu hanyalah sembelit biasa. Hal ini ini berlanjutan sehinggalah dia berumur 5 tahun. Ibubapanya juga pernah membawa nya ke HSI dan jawapannya tetap sama. Satu hari, semasa Mifzal berusia 6 tahun dan di dalam pra- sekolah, gurunya menelefon ibunya.

Setelah umur Mifzal 6 tahun Mifzal demam dan bemula dari episod itu, dia kerap demam yang berlarutan,sakit sendi seperti tulang belakang,lutut,sakit leher dan sakit tapak kaki juga pernah keluar darah dari hidung. Sekali lagi mereka mambawanya ke klinik kesihatan pasir gudang tapi hanyalah mendapat ubat panadol/sirap. Keadaan masih sama dan berlarutan seminggu. Minggu berikutnya, mereka membawa Mifzal ke poliklinik HSA pula dan sampel darah Mifzal diambil. Sejuria selepaa itu, doktor bergegas menyuruh ambulan menambil Mifzal untuk dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Pada sebelah malamnya, doktor datang mengajukan pelbagai soalan – samada ada ahli keluarga yang ada talesmia. Doktor kemudiannya memberitahu Mifzal ada kanser darah dan meminta izin untuk menjalani ujian air tulang sum sum kerana dengan ujian ini doktor akan dapat pastikan apakah jenis leukemia tersebut.

Ibubapanya bersetuju dan sampel di hantar ke HKL. Dan dari situ Mifzal disahkan mengidap setelah leukemia Pre B All. Setelah itu mengikuti setiap jadual yang doktor berikan termasuklah rawatan kimoterapi, maintanance dan lain-lain lagi di HSI. Sekarang perubatan pMifzal hanya sebulan sekali dan doktor ada bekalkan ubat kimo untuk beliau minum di rumah pastikan darah dia ok atau x..dan doktor ada bekalkan ubat kimo untuk dia minum di rumah. Alhamdulillah Migzal senang minum ubat, darahnya elok dan sudah lama tak perlu ‘topup’ darah. Perubatan Mifzal akan berakhir pada bulan Februari 2019 dan ibubapanya amat berharap semoga Mifzal akan terus kuat dan melawan sakitnya dan kembali sihat seperti anak-anak yang lain aamin ya Allah.

Menjerit ibu tahu Aleeya kanser darah

Aleeya-berusia 5 tahun, dapat tahu sakitnya kanser darah Pre B All . Ibunya menyatakan betapa luluhnya jiwa raga – mau menangis/ menjerit sekuat hati, tetapi beliau harus kuat untuk anaknya kerana padanya ibulah pendinding kekuatan anak. Aleeya mula kimoterapi pada 12/5/2015 dan habis pada 25/1/2016. Setelah itu, Aleeya hanya menjalani rawatan maintenance selama dua tahun. Aleeya telahpun membuat bma dengan mengambil air tulang belakang dan keputusannya Alhamdulillah .. marilah kita sama2 doakan agar Aleeya terus sihat.

Jerry pesakit buah pinggang tahap akhir

Jerry- 11 tahun, adalah pesakit buah pinggang tahap akhir atau dalam Bahasa saintifiknya adalah END STAGE RENAL FAILURE(ESRF). Jerry merupakan anak autisme yang dikesan sejak berumur 6tahun lagi. Mengikut sejarah kesihatan Jerry,sewaktu awal-awal kelahiran, Jerry pernah dimasukkan ke nicu HSA kerana pendarahan di telinga,hidung dan pusat. Dari umur 1hri hingga 3tahun, Jerry telah 4 kali dimasukkan ke nicu dan picu akibat masalah terlalu kering dan sawan. Bermula nya detik cemas kembali dalam hidup Jerry adalah pada awal bulan Februari 2016. Sewaktu itu beliau gelap mata dan terus pengsan. Jerry terus dirujuk ke kecemasan hsa dan ditempatkan di dalam icu akibat tekanan darah yang terlalu tinggi. Setelah disaring, ternyata kedua2 buah pinggang mengecut dan tidak dapat bekerja lagi.

Setelah 10hari di icu, Jerry telah dpindahkan ke HSI dan pakar di situ telah diagnosis Jerry dengan CAPD STAGE 4. Setelah 4bulan diagnosis CAPD STAGE 4 keadaan jerrg semakin merosot sehinggalah di diagnosis sekali lagi iaitu ESRF. Pada awal diagnosis,jerry menjalani rawatan hemodialisis iaitu cuci darah seminggu 3kali selama 4jam bagi sekali sesi rawatan.selepas 6bulan cuci darah,jerry menjalani pembedahan pertama untuk pemasangan tenkoff. Selepas 2 bulan tenkoff itu tersumbat dan tidak boleh digunakan dan terpaksa jalani pembedahan kali ke 2. Beberapa bulan selepas itu,tenkoff kembali bermasalah dimana perlu dibuang dan dimasukkan tenkoff baru. Kali ini pembedahan dijalankan di HKL. Selepas setahun, sekali lagi pembedahan kali ke 4 perlu dibuat di HKL juga kerana tenkoff dijangkitan kuman sebanyak. Sekarang, Jerry menjalani rawatan CAPD 4kali sehari di rumah untuk seumur hidupnya. Moga ade keajaiban buat jerry…aaamiiinnn yra

Buah pinggang  kiri Anniq dibuang kerana kanser

Anniq – 9 tahun, disahkan menghidap kanser Left Wilm’s Tumour stage IV(kanser buah pinggang)sejak berusia 3 tahun. Buah pinggang sebelah kiri telah dibuang kerana kanser berada didalam buah pinggang sebelah kiri. Anniq menjalani pembedahan di HSA, di ICU selama 4 hari, usis besarnya dikeluarkan dan menggunakan stima bag selama beberapa bulan. Namun keadaan Anniq kembali kritikal. Akhirnya atas nasihat doktor pakar dari KL, mereka mengambil keputusan menutup kembali usus besar yg dikeluarkan. Anniq menjalani proses tambahan darah dan platlet, berat badannya turun mendadak.

Anniq menjalani kimoterapi, radioterapi dan fisiotrapi. Alhamdulillah, dengan semangat yg ada dalam diri beliau, Anniq semakin sihat walau ada sesekali dalam sebulan beliau demam. Anniq masih menjalani rawatan di HSI. Doakan Anniq akan bertambah sihat spt kanak2 yang lain. Aaaminnn…

Danish menghidap T-cell non hodgkin lymphoma.

Danish- berusia 9 tahun, telah menerima rawatan sejak berumur 7 tahun. Antara tanda awal yang dikesan adalah- kelenjar di leher dan dalam badan membengkak dan membesar. Doktor telah mengesahkan meghidap Danish menghidap T-cell non hodgkin lymphoma. Untuk kepastian, doktor telah melakukan first bone marrow iaitu mengambil air tulang sum2 dan beliau terus menjalani rawatan kimoterapi bermula dari protocol l protocol m dan protocol ll.Sepanjang protocol, Danish telah menjalani 7 kali it iaitu mengambil air tulang belakang .Setelah habis kesemua sekali protocol Danish menjalani pula radioterapi di kawasan kepala. Setelah habis rawatan radioterapi, Danish masih menjalani kimoterapi dan rawatan maintenance sebulan sekali. Semoga Danish kuat dan kembali sihat… aaamiiinnn

Ayep menghidap kanser darah

Ayep- berusia 6 tahun, menghidap kanser darah (lukemia) sejak 2 April 2017. Ayep sudah selesai kesemua rawatan kimoterapi dan menjalani rawatan maintenance dan juga rawatan dengan dr neuro (pakar saraf) disebabkan terkena sawan pada November 2017 – ingatan dan kelakuannya sudah tidak seperti dahulu. Ayep masih membuat rawatan di HSI 3 minggu sekali dengan team neuro dan 1 bulan sekali dengan bajagian kanser. Mari kita sama2 doakan adik Ayep diberi kesembuhan dan terus kuat. Aaamiiinnn yra…..

Sofea bermain dengan adiknya, tiba-tiba terjatuh dan terus tidak boleh jalan.

Sofea – 5 tahun, mengidap kanser darah sejak April 2016 semasa beliau berusia 3 tahun hingga sekarang dan menjalani rawatan maintenance dan akan buat ujian sum- sum tulang belakang. Sebelum diketahui sakitnya, Sofea kerap demam, nampak pucat, tidak bole jalan dan kadang- kadang hidungnya berdarah. Ada satu hari sofea bermain dengan adiknya, tiba-tiba terjatuh dan terus tidak boleh jalan. Setelah 2 minggu tidak boleh jalan, ibu membawa sofea dapatkan rawatan di klinik dan doktor refer ke HSA. Setelah berjumpa dengan doktor di HSA, barulah dapat tahu yang Sofea menghidap kanser darah setelah melakukan ujian bone marrow. Setelah seminggu di HSA, Sofea ditukarkan ke wad 8c HSI untuk rawatan kimoterapi dan bole berjalan semula setelah 2 minggu rawatan. Sofea menjalani kimoterapi selama 7 bulan dan rawatan maintenance smpai sekarang. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan kimoterapi sofea semakin hari semakin sihat. Aaaminnn yra…

Qaisara menghidap leakumia Pre Ball

Qaisara Umairah- 7 tahun, menghidap leakumia Pre Ball sejak berusia 5 tahun. Pada mulanya beliau kerap demam selama sebulan, tangan dan kaki tidak boleh diangkat, kaki tidak boleh berjalan, muka pucat lesu, berat badan berkurangan dan terasa sakit sangat dbahagian kaki dan tangan. Beliau sudah pergi ke klinik swasta dan kerajaan tetapi sakitnya tidak dapat dikesan.

Setelah membuat ujian air tulang belakang, beliau disahkan menghidap leukemia Pre Ball dan dirukuk ke HSI untuk berjumpa dgn pakar kanser kanak2. Beliau masih ada rawatan sebulan sekali dan bulan Ogos ini ada ujian bma utk mengesahkan sel kanser ada atau sebaliknya….doakan yg baik2 dan semoga terus sihat dan pulih sepenuhnya seperti kanak2 lain…amin…

Airien dapat tahu ada kanser seawal usia 2 tahun

Airien- berusia 10 tahun, dapat tahu ada kanser seawal usia 2 tahun. Nama penyakit yang dihidapi Airien ialah SUPRAPUBLIC RHABDOMYOSAKOMA (alveolar type) bahagian kemaluan tahap 3. Airien telah menjalani rawatan kimoterapi sejak 4/1/2011. Sehingga kini sebanyak 7 kali keseluruhannya.

Alhamdulillah Allah memberi keajaiban kepada Airien..dia sihat seperti kanak2 yg lain..tetapi masih menerima rawatan susulan sehingga dia datang bulan selama setahun sekali. Semoga Airien kekal sihat

Sumber : Rye Yassin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×