berita

Kisah Sedih Di Sebalik ‘Glamor’ Tangmo, Pernah Telan Sebungkus Pil Tidur & Kelar Tangan Selepas Bercerai

March 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Kes kematian selebriti ‘high class’ Thailand, Tangmo Nida akibat terjatuh dari bahagian belakang bot laju terus menjadi perhatian ramai dan wujud pelbagai spekulasi berhubung insiden lemas. Walaupun pihak berkuasa mengesahkan kematian Tangmo disebabkan lemas, rata-rata peminat menuntut siasatan yang lebih menyeluruh bagi merungkai punca kematian sebenar.

Namun, sama seperti selebriti lain yang hidup mereka sentiasa terlihat ‘indah’, Tangmo sebelum ini tidak lari juga dari kisah silam yang menyedihkan selepas rumah tangga dengan bekas suaminya berantakan.

Bekas suami umum ‘single’ di konsert

Foto: Khaosod English

Pada tahun 2013, selebriti tersebut pernah berkahwin dengan seorang pelakon dan penyanyi terkenal negara Lumbung Padi Asia itu yang bernama Tono Pakin Kumwilaisuk. Namun jodoh mereka hanya bertahan selama 2 tahun dan kedua-dua mereka didakwa mempunyai masalah peribadi yang serius.

Dalam pada itu, selain perkahwinan tidak berkekalan yang sudah tentu menyedihkan Tangmo, tindakan Tono yang membuat pengumuman di sebuah konsert bahawa dirinya sudah kembali ‘single’ bagaikan satu tamparan buat Tangmo. Akibat pengakuan yang dibuat Tono di konsert terbabit, Tangmo nekad menelan sebungkus pil tidur.

Dia terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan akibat terlebih dos ubat. Lebih menyedihkan lagi, pemeriksaan doktor juga mendakwa bintang Channel 7 Thailand itu cuba untuk ‘memotong’ pergelangan tangannya. Susulan kejadian tersebut, bekas suaminya Tono, mengakui yang insiden tersebut adalah salah dirinya, namun enggan mengulas lanjut tentang punca penceraian.

Ianya salah saya, saya minta maaf. Kadang kala 2 individu berusaha untuk cinta yang berkekalan, namun, ianya tetap akan berakhir dengan teruk. Tapi bila perkara ini terjadi, tiada siapa yang gembira, dia, saya, atau keluarga kami.

Sumber: Coconuts Bangkok, Bangkok Post

SKIP THIS AD ×