berita

Kisah Suka Duka Saya Menjadi Isteri Kedua

January 2nd, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

madu

Kami pasti ramai wanita di Malaysia ni tak berapa gemar apabila bercakap mengenai hal ‘bermadu’. Secara automatiknya pemikiran anda terus di’blok’ dengan pelbagai persepsi negatif.

Tak kiralah sama ada anda bakal menjadi yang pertama mahupun yang kedua, asasnya tetap sama iaitu berkongsi seorang lelaki dengan wanita yang lain. Kasih-sayang, perhatian malah harta benda milik suami anda juga mungkin dikongsi bersama. Baca kisah suka-duka bergelar isteri kedua di bawah.

Isteri Kedua = Perampas

frontpage-5-

(sekadar gambar hiasan)

Ya. Kita tak dapat lari daripada persepsi stereotype masyarakat apabila berstatus isteri kedua. Nadia (bukan nama sebenar), masih dalam dilema apabila dirinya yang bernikah di sempadan Thailand 5 tahun lalu masih menerima kejian daripada isteri pertama suaminya.

Keadaan ini kadang-kala membuatkan Miya tertekan sehingga meminta cerai daripada suaminya. Namun, permintaan itu tidak diendahkan.

Aku Bukanlah Keutamaan Suami

frontpage-1-

(sekadar gambar hiasan)

Selamanya akan menjadi yang kedua. Walaupun sebenarnya Islam mengajar para suami untuk menjadi adil kepada isteri-isterinya, status sebagai isteri kedua dibezakan dengan adat Melayu itu sendiri.

Dek kerana mengerti bahawa dia adalah isteri kedua, Sarah (bukan nama sebenar) seringkali beralah dan memberi laluan kepada suaminya untuk melebihkan isteri pertama.

Malah, Sarah selalu sahaja ditinggalkan berseorangan di rumah walaupun sudah tiba hari gilirannya. Terdetik juga di hati Sarah bahawa tiada beza kehidupannya sebagai seorang wanita bujang dan isteri orang apabila sakit peningnya tiada siapa yang ambil pusing.

Namun, tidak semua kisah bermadu itu pahit. Ada juga yang berjaya melayari bahtera rumahtangga mereka dengan bahagia walaupun dimadukan.

Madu sebagai seorang ‘Kakak’

frontpage-2-1

(sekadar gambar hiasan)

Bermula duka dan InsyaAllah berakhir dengan sejuta senyuman. Pada mulanya memang sukar untuk masuk dalam keluarga itu. Lebih-lebih lagi apabila madu kepada June (bukan nama sebenar) boleh dikatakan sempurna.

Isteri pertama suaminya, Diana (bukan nama sebenar) memang cantik, pandai urus rumahtangga dan berkerjaya hebat. Cumanya, Diana adalah pilihan keluarga mertua. Manakala June pula adalah cinta hati pertama suaminnya sejak zaman persekolahan lagi.

Walaupun terkejut dengan berita bahawa telah dimadukan dalam tempoh tidak sampai 1 tahun, Diana menerimanya dengan hati yang terbuka.

Malah, June dan Diana boleh diibaratkan seperti adik beradik apabila madunya itu banyak mengajar June untuk menguruskan rumahtangga. Sering terdetik di hati June bahawa dia insan yang paling bertuah apabila mendapat ‘kakak’ sebaik Diana.

Dapat Anak Segera!

tumblr_lmyaboLHWc1qlvzc5o1_500

(sekadar gambar hiasan)

Allah SWT itu maha adil. Ana (bukan nama sebenar) disahkan mandul. Malah, hatinya tidak keruan memikirkan umurnya yang sudah lebih 30 an dan masih tidak berkahwin.

Bagaikan seorang bidadari, perkenalannya dengan Ika (bukan nama sebenar) akhirnya membuka lembaran kehidupan yang baru sebagai isteri kedua.

Mulianya hati wanita itu!. Ika yang simpati dengan nasibnya yang sebatang kara itu telah menghantar rombongan meminang bagi pihak suaminya.

Kini, Ana hidup bahagia di samping suami dan Ika. Malah, Ika turut berkongsi kasih-sayang 5 orang anaknya bersama Ana.

Ashraf-Muslim-Akui-Bukan-Senang-Hidup-Bermadu-ROTIKAYA

(sekadar gambar hiasan)

Lain orang lain kisah hidupnya. Menerusi cerita-cerita tersebut, kami dapati apabila adanya persefahaman antara madu, semuanya akan menjadi lebih baik.

Cumanya, tidak semua wanita dikurniakan ketabahan untuk berkongsi suami. Bagaimana pula dengan anda? Ada cerita menarik mengenai diri sendiri yang ingin dikongsikan bersama kami?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×