Kisah yang menyayat hati ni dipetik dari laman Facebook Ustaz Nazmi Karim. Mengalir air mata kami dibuatnya bila baca cerita ni. Insan bernama Dr Basyar Qurabi merupakan sahabat Ustaz Nazmi yang berasal dari Syria dan juga salah seorang anggota Muslim Care.
Dr Basyar menjadi mangsa pengebom berani mati Masjid Syeikh Salim di bandar Ariha.. Yang paling kasihan sekali mangsa bertemu ajal ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa. Ya Allah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Hasrat ingin bernikah selepas Ramadhan nanti..
Masih terkenang saat ana bersama As-Syahid ketika di sempadan Turki-Syria pada bulan 5 baru-baru ni..Dia bercerita dengan wajah yang ceria ,dia sudah bertunang dengan seorang gadis dari Damsyik pilihan keluarga dan Insyaallah akan bernikah selepas Ramadhan nanti.. Dan akan membawa bakal isterinya berpindah ke Turki untuk meneruskan kehidupan di sana..Dr Basyar merupakan lulusan University Moscow dalam bidang Perubatan.. Berasal dari bandar Ariha Idlib utara Syria. Merupakan orang terpenting dalam pasukan perubatan Muslim Care di Syria .dia memilih untuk bersama pejuang walaupun dia mampu untuk hidup senang..berumur 30an ..
Seorang yang baik hati & penyayang
Seorang pemuda yang sangat baik.. Sentiasa tersenyum.. Bercakap dgn suara yg perlahan.. Penyabar dan ringan tulang..sentiasa mementingkan orang lain dari diri sendiri…tetapi Allah lebih menyanyanginya..
Diserang pengebom berani mati ketika tunggu waktu berbuka
Terasa sebak bila mendapat berita pemergiannya Suboh tadi 4/7/2015 lebih kurang jam 4.15 pagi (waktu Malaysia) dalam satu serangan pengebom berani mati di dalam Masjid Syeikh Salim di bandar Ariha ketika sedang menunggu waktu berbuka puasa..lebih 40 jemaah yg lain turut cedera dan terkorban.Semoga Allah merahmatinya.. Muslim Care mengucapkan takziah pada keluarganya dan ini merupakan anggota Muslim Care yg ketiga gugur di Syria.
Hajat tak kesampaian..
Gambar Baju kot yang siap ditempah ini merupakan pakaian pengantin yg bakal digunakan nanti selepas Ramadhan..
Tenanglah engkau di sana Sahabt ku…
Sumber: Facebook Ustaz Nazmi Karim