Tugas mendidik sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi lebih-lebih lagi zaman sekarang. Bukan sahaja diberi tanggungjawab mengajar, malah guru juga harus membendung gejala tak sihat di sekolah.
Seperti dikongsi peguam Sir Kamarul apabila seorang guru memukul pelajarnya gara-gara mencuri. Namun, apa yang terjadi selepas itu sungguh tidak disangka apabila pelajar itu tiba-tiba mengalami sawan.
Kawan dengar suara menangis dalam bilik warden
Lebih 3.4k perkongsian, peguam kongsi detik cemas bagaimana seorang guru disabitkan kesalahan membunuh. Perkongsian ini mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib kedua-duanya.
Sawan selepas warden
Guru itu merupakan seorang warden asrama yang geram dengan pelajarnya kerana mencuri. Dia bertindak memukul mangsa sehingga pelajar itu mengalami sawan. Namun apa yang lebih menyedihkan apabila pelajar itu mengalami sawan dan terus kritikal.
Mati selepas 3 hari dirawat
Menurut warden, dia turut mencekik dan mengikat mangsa sehingga pelajar itu mengalami kecederaan di bahagian otak. Doktor mengesahkan kesan cekikan itu menyebabkan pelajar itu mati kerana kekurangan oksigen. Mahkamah memutuskan guru itu dijatuhkan hukuman mati.
Suspek geram kerana mangsa biadap
Walau bagaimanapun, pihak guru membuat rayuan dengan memberitahu pihak mahkamah bahawa dia tidak berniat untuk membunuh. Tindakan itu terjadi secara spontan selepas pelajar dikatakan biadap sehingga menyebabkan dia hilang kawalan.
Tidak berniat membunuh
Rayuan itu ditolak memandangkan guru tersebut melakukan perbuatan itu sehingga mangsa meninggal dunia. Kematian pelajar itu adalah disebabkan tindakan guru itu yang hilang kesabaran.
Dihukum atas kesalahan menyebabkan kematian
Dalam pada itu, Panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan guru tersebut dihukum atas kesalahan menyebabkan kematian dan bukannya kesalahan membunuh. Walaupun terlepas hukuman gantung, namun guru itu dikenakan hukuman penjara 20 tahun. Kesalahan jenayah suspek dianggap satu kesalahan serius kerana menyebabkan kematian mangsa yang masih terlalu muda.
Sumber : Sir Kamarul