Kes-kes jenayah seperti rompakan dan pembunuhan bukanlah satu perkara yang asing lagi di Malaysia dan luar negara. Seperti perkongsian seorang bekas peguam mahkamah tentera iaitu Sir Kamarul di laman Twitter miliknya, menceritakan kembali kisah disebalik kejadian rompakan teksi.
Penglibatan 4 sekawan
Mangsa diserang dan diikat
Menceritakan kisah itu, Sir Kamarul memberitahu kejadian tersebut melibatkan empat sekawan dengan memilih teksi sebagai sasaran ‘projek kotor’ mereka itu. Pada malam kejadian, suspek bersama 3 orang rakannya yang lain telah menaiki sebuah teksi dan menuju ke sebuah kawasan yang agak terpencil.
Sebaik sahaja tiba di kawasan tersebut, pemandu teksi secara tiba-tiba telah diserang dan diikat sebelum meletakkannya di bahagian tempat duduk penumpang.
Meronta-ronta selamatkan diri
Mangsa yang sedang ketakutan cuba menyelamatkan diri dengan meronta-ronta dan menendang pintu kereta untuk meminta pertolongan tapi sayang usahanya itu tidak berhasil. Suspek kemudian telah memberhentikan kenderaan itu dan menumbuk muka mangsa berkali-kali sementara seorang lagi rakan suspek bertindak agresif dengan menendang kaki mangsa.
Mereka kemudian mengalihkan posisi mangsa dengan meletakkannya di bahagian tempat duduk belakang teksi.
Gali lubang dan tanam mangsa
Mereka memandu teksi tersebut dan menuju ke satu kawasan yang gelap dan sunyi. Semasa perjalanan, mangsa telah dijerut oleh suspek utama dengan menggunakan tali pinggang di bahagian tempat duduk belakang teksi berkenaan.
Mangsa kemudian didapati sudah tidak bernyawa. Seterusnya, suspek dan rakan-rakannya itu telah mengangkat dan menyimpan mangsa ke dalam but kereta sebelum dia ditanam.
Keluarga buat laporan polis
Didakwa kesalahan membunuh
Kesemua mereka akhirnya telah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan membunuh dan akan dijatuhi hukuman sampai mati. Tetapi kes ini kemudian dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Fakta jelas
Jatuh hukuman gantung sampai mati
Sumber: Sir Kamarul