berita

Kisah Usahawan Tempatan: Inspirasi Mulakan Perniagaan Sendiri

October 15th, 2021 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Nak bergelar seorang usahawan perlukan keberanian dan tanggungjawab yang besar untuk kendalikan sesebuah perniagaan sehingga ia berjaya dikenali orang ramai. Bukan hari ni mula meniaga, esok terus dapat sambutan. Hakikatnya, banyak cabaran yang perlu diatasi dalam meluaskan pasaran.

Apa yang paling penting adalah support system yang kuat bagi memastikan usaha perniagaan berjalan baik, macam tu jugalah FAMA yang sentiasa komited bersama para usahawan tempatan dengan menyediakan bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk mempermudahkan proses perniagaan, seterusnya menyokong pemasaran produk tempatan.

Ikuti kisah peniaga tempatan yang berjaya berkembang dengan bantuan FAMA

Diasaskan Farhana Ismail, Simplybite Enterprise mengetengahkan produk bakeri seperti kek dan kuih hasil air tangan Farhana sendiri. Walaupun berdepan cabaran kewangan sewaktu hendak memulakan perniagaan namun dia tak mudah berputus asa dan terus berusaha.

Menurut Farhana, Geran Agropreneur Muda yang diterima daripada FAMA sangat membantu perusahaan yang dia usahakan sehingga dia dapat mengembangkan empayarnya dan mencapai jualan sebanyak RM20,000 seminggu.

Kalau nak rasa macam mana sedapnya kek dan manisan di Simplybite Enterprise korang boleh ke laman Instagram mereka di SINI

Empayar Pastri

Nur Adila Anuar memulakan Empayar Pastri kerana minatnya yang mendalam terhadap bidang perniagaan. Mula berniaga sejak menuntut di universiti, Adila berjaya membuka kedai menjual bahan-bahan kek dan roti. Namun, operasi kedainya terpaksa diberhentikan ketika perlaksanaan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP).

Bekalkan semangat untuk terus berniaga, Adila tidak terhenti di situ, dia kembali memulakan perniagaan Base Piza Anuar yang menjual bahan asas untuk pembuatan piza buatan sendiri. Adila menerima geran perniagaan dibawah Program Agropreneur Muda 2021 dan peralatan bernilai RM20,000 daripada FAMA bagi mempermudahkan urusan perniagaannya.

Kini dia berjaya memperolehi keuntungan berganda daripada awal perniagaannya dulu! Produk Base Piza Anuar boleh didapati di SINI.

Fikrah Frozen Enterprise

Berbekalkan modal RM500, Muhamad Hanafi Bin Yahya berdepan cabaran untuk memulakan perniagaan produk sejuk bekunya. Namun, setelah mengikuti sesi latihan keusahawanan anjuran FAMA memperolehi Geran Agropreneur Muda, dia berjaya memperkukuhkan Fikrah Frozen Enterprise sehingga sekarang.

FAMA juga menyalurkan bantuan mesin dan peralatan yang mana sangat membantu melancarkan proses pengeluaran produk Fikrah Frozen Enterprise seperti ayam perap, kambing perap, daging salai Pahang, daging dendeng dan pes BBQ di bawah jenamanya.

Kini, kapasiti pengeluaran produk berjaya dinaikkan sehingga tiga kali ganda lebih banyak, sekaligus meningkatkan kadar keuntungan mereka. Produk Fikrah Frozen Enterprise boleh didapati di SINI.

Alisya Food Enterprise

Bermula dengan membantu di kilang keropok lekor milik bapa saudara sendiri, Mohammad Aizat Bin Mohammad Saleh akhirya nekad untuk memulakan perniagaan keropok lekor di bawah jenama sendiri iaitu Aizat Keropok Lekor Penang

Masalah modal dan kekurangan sumber mentah seperti ikan ketika musim tengkujuh cabaran utama, Aizat tak sedikit pun mengalah, sebaliknya dia berusaha lebih keras bagi mencari jalan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan sehinggalah dia berjaya mendapatkan bantuan keewangan daripada FAMA sebanyak RM20,000.

Berbekalkan modal tersebut, Aizat berjaya menambah barangan keperluan sepeti peti sejuk beku, mesin, meja dan sebagainya. Dengan bantuan yang diterima, Aizat dapat menambah kapasiti pengeluaran dan memperluaskan pilihan keropok lekor buat pelanggan Aizat Keropok Lekor Penang.

Untuk yang berminat dan dapatkan Aizat Keropok Lekor Penang, boleh klik di SINI. Ada bermacam jenis pilihan keropok lekor, produk satay ikan dan keropok kering untuk korang pilih.

Makton Food Resources

Noor Hafizah Binti Idris menjadikan ibunya sebagai inspirasi untuk berjaya. Melihat sendiri bagaimana ibunya meniaga di jalanan, Hafizah tekad untuk mengembangkan jenama Makton Food yang mengetengahkan Sambal Garing Ikan Bilis ke peringkat global.

Usaha Noor Hafizah membuahkan hasil apabila dia berjaya melayakkan diri ke Malaysia Fest di Singapore pada tahun 20018 dan berjaya menjadi johan selama dua tahun berturut-turut dalam platform Agrobazaar Online peringkat Pulau Pinang.

“FAMA banyak membantu saya dari segi pemasaran, peralatan serta premis. FAMA ada di setiap platform pemasaran saya selama ini, tak lupa juga pegawai FAMA yang sedia membantu saya walaupun saya tak tahu apa-apa ketika itu”

Tambah Noor Hafizah lagi, stok pengeluarannya kini semakin bertambah dan produknya lebih dikenali dengan bantuan FAMA. Produk Makton Food boleh didapati di SINI.

Inspirasi Raudhah

Afidah Binti Kamalrudin memulakan perniagaan homemade kulit popia basah kerana dia ingin membekalkan kulit popia basah homemade yang halal dan berkualiti dalam pasaran tempatan.

Kulit popiah basah ini sedia untuk terus dimakan dan boleh juga dijadikan kulit untuk popia goreng atau tortila nipis yang boleh dipelbagaikan penggunaannya.

Bagi mengembangkan perniagaan, Afidah mendapatkan bantuan FAMA untuk memperluaskan promosi produknya ke seluruh Malaysia. Dia juga memohon untuk mendapatkan tawaran geran peralatan khusus bagi meningkatkan produktiviti dalam menghasilkan kulit popia dengan lebih efisien dan bimbingan serta khidmat nasihat untuk pengurusan kewangan dalam perniagaan.

Dengan pengurusan dan rangka promosi yang betul, kulit popia basah yang dikeluarkan Afidah berjaya dikenali ramai dan menjadi bahan utama pilihan peniaga popia.

Produk Inspirasi Raudhah boleh didapati di SINI.

Tesma Enterprise

Sambal hitam adalah makanan tradisi yang mudah untuk dimasak tanpa memerlukan banyak jenis ramuan. Namun, yang membezakannya adalah cara masakan. Inilah yang menjadikan sambal hitam asli dengan cara masakkan turun-temurun keluaran Tesma Enterprise lebih istimewa dan lain daripada yang lain.

Muhammad Bazli Hidayat Bin Badrol, pengasas Tesma Enterprise mengakui tak mudah untuk dia mempromosikan sambal hitam kerana tidak ramai yang tahu tentang makanan warisan tersebut. Tapi itu tak menjadi batu penghalang buat Bazli untuk memasarkan produknya di sekitar Pahang dan kini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Buat orang Pahang yang ingin dapatkan Sambal Hitam Tesma, korang boleh terus ke SINI.

FnC Kola Enterprise

FnC Kola Enterprise ataupun merujuk kepada ‘Food and Coconut’ adalah perniagaan yang diasaskan Rozaidah Mohd Kasim dan anaknya Nur Aimi Razak. Produk utama mereka adalah makanan berasaskan santan kelapa seperti dodol yang didatangkan dengan tiga pilihan perisa termasuk dodol asli, dodol pandan dan juga dodol durian.

Dodol yang dihasilkan adalah menggunakan perisa asli daripada bahan semulajadi seperti dodol durian dihasilkan 100% menggunakan isi durian, manakala dodol pandan dihasilkan menggunakan daun pandan dan tanpa pewarna serta perisa tiruan.

Bila ditanya megenai cabaran, Aimi berkata dia berdepan masalah tentang bagaimana hendak memasarkan produk “Produk dah ada, macam mana nak jual? Nak jual kepada siapa? Kepakaran dalam penghasilan produk ada, mesin dan kelengkapan bagi menghasilkan produk juga ada, namun bagaimana mencipta jualan yang konsisten”

Mujur saja FAMA sangat aktif dan agresif membantu para usahawan seperti Aimi terutamanya dalam bidang pemasaran dan pembangunan produk dengan memberi geran peralatan, mesin mahupun kursus berkaitan perniagaan.

Ujar Aimi ” Sejujurnya, perniagaan kami tidak mampu berdiri sendiri tanpa bantuan daripada badan-badan kerajaan salah satunya agensi FAMA. Kami sebagai peniaga kecil yang senantiasa dikekang oleh masalah kewangan sangat berterima kasih kepada agensi kerajaan terlibat dalam keterlibatan menghulurkan bantuan geran mesin dan peralatan serta bantuan kursus-kursus yang mampu mendorong kami memacu perniagaan kami kearah satu tahap yang lebih baik”

FnC Kola Enterprise turut menawarkan makanan “ready to serve” seperti kuah kacang segera dan produk  “easy to cook” seperti pes rendang. Untuk mengetahui produk penuh keluaran mereka korang boleh klik di SINI.

FAMA optimis dalam membantu usahawan

FAMA sentiasa bersedia untuk membantu mana-mana perusahaan kecil yang memerlukan khidmat bantuan mereka bagi memulakan perniagaan dan memperluaskan pasaran produk.

Pelbagai jenis khidmat dan inisiatif disediakan FAMA khusus untuk memudahkan korang yang meniaga tau, mereka nak pastikan korang semua celik hal perniagaan dan tak mudah mengalah!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai FAMA atau memerlukan sebarang bantuan, terus sahaja ke laman web rasmi FAMA di https://www.fama.gov.my

SKIP THIS AD ×