berita

‘Kisahnya Umpama Pipit & Helang Kayangan’ – Guru Terkilan Usaha Bina Kolam Untuk Anak Orang Asli Terbantut

October 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Mie, meluahkan rasa sedih apabila hasratnya untuk membina sebuah kolam bagi mencungkil potensi anak-anak orang asli dalam sukan akuatik dan pelayaran tidak kesampaian.

Lebih menyedihkan, usaha murni tersebut didakwa dihalang oleh pihak atasan kerana mereka tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Kisah umpama pipit dan helang kayangan

Bila ramai orang tanya kenapa pembangunan sukan untuk anak-anak orang asli Sk Simpai ni dihentikan. Maka hari ni aku nak jawab demi masa depan dan kemenjadian anak-anak ini. Dalam hidup aku, aku suka sikap yang membina bukan menjatuhkan, kerana sikap yang membina itu akan memberikan sesuatu impak yang terbaik dalam merealisasikan setiap perkara termasuk pembangunan bakat murid.

Kisahnya Umpama Pipit Dan Helang Kayangan. Itulah tempat kami berlatih, dalam sukan akuatik parit itulah tempat aku cungkil potensi anak-anak didik aku sehingga mereka berjaya ke mewakili Pahang ke MSSM dan mewakili Pahang untuk SUKMA. Bekas lombong pasir di dalam kampung itulah aku gunakan untuk melatih anak-anak didik aku dalam sukan pelayaran sehingga mewakili Pahang ke MSSM walaupun kami jauh dengan laut. Tanpa apa-apa kemudahan, aku cari perahu buruk aku baiki, aku buat alatan, aku buat layar dengan kanvas untuk latihan dan semua pembangunan sukan ini aku tak pernah minta duit satu sen pun dengan pihak tetentu.

Dengan pembangunan sukan ini aku menarik minat untuk anak-anak ini hadir ke sekolah, aku keluarkan pemikiran mereka dan berikan keyakinan kepada mereka untuk berdaya saing untuk terus maju. Setiap latihan dijalankan mendapat kebenaran ibu bapa dan ibu bapa sendiri membantu aku untuk sesi latihan dan menyokong setiap usaha yang dijalankan, ibu bapa juga membantu aku membersihkan kawasan-kawasan untuk kegunaan latihan.

Bina pusat akuatik di sekolah

Hubungan kami terjalin erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa serta masyarakat dengan adanya aktiviti pembangunan sukan ini dan kokurikulum. Setiap kali latihan kami mempunyai penyelamat di air dan kawalan serta alatan bagi mematuhi SOP perlaksanaan aktiviti air. Sampai ketika aku membina pusat akuatik sendiri di sekolah. Selepas kerja-kerja menggali kolam aku didatangi pegawai dari sebuah jabatan yang katanya hendak membantu aku dalam proses permohonan dan proses-proses lain agar mengikut prosedur.

Syukur Alhamdulillah ada nak bantu sebab kami ni pipit kurang arif sikit dengan prosedur tu. Selepas tu aku hentikan semua sementara bagi urusan permohonan, aku membuat kértas kerja memohon pada hujung bulan 3 lalu untuk semakan, selepas tu PKP aku diam je la tak nak tanya sebab anggapan aku tak nak mengganggu pengurusan ketika PKP itu sehinggalah bulan sembilan baru-baru ni aku didatangi oleh bos besar aku. Alhamdulillah katanya nak membantu untuk teruskan pembangunan sukan akuatik dan pelayaran ini.

Selang beberapa minggu datang lagi orang bawah sikit pada bos besar, sangka aku nak bincang kot, maka aku siapkan bilik mesyuarat serta slide untuk aku bentangkan hala tuju serta kaedah perlaksanaan pusat akuatik dan pusat pelayaran sekolah aku. Sampai-sampai tanpa berbincang secara terperinci, tak dengar pun apa yang nak aku sampaikan secara terperinci, senang cerita nak bercakap dengan aku pun lebih kurang je macam hina sangat gaya kita ni. Setelah habis tengok kawasan la lepas tu mereka balik. Akhirnya, sampai surat minta hentikan pembinaan kolam, kerana tiada permohonan, kena hentikan program kerana tiada permehonan dan surat kebenaran penjaga serta untuk mengikuti program tu dan SOP.

Tak boleh matikan jiwa aku

Tertanya juga aku selama ni setiap kali program latihan dan sebagainya semua aku keluarkan surat kebenaran untuk mengikuti aktiviti dan latihan, malahan penjaga ada bersama, YDP PIBG aku pun selalu bersama. SOP aktiviti air semua aku patuhi semasa pengendalian aktiviti. Memang lama dah sejak PKP kami tak buat latihan kerana patuh pada arahan berkaitan aktiviti. Pembinaan pun aku hentikan bulan 3 dulu sebab tunggu lanjutan dari permohonan yang aku buat bulan 3 hari tu.

Akhirnya kemana aku nak bagi anak murid aku berlatih selepas ini, nak berenang di parit tak boleh, nak buat kolam untuk tempat latihan tak boleh. Jadi di mana aku anak didik aku nak pergi? Di mana aku nak bangunkan potensi dan bakat anak didik aku? Jikalau kamu yang menguruskan pembagunan bakat murid sendiri tidak membantu untuk kami perjuangkan potensi bakat anak-anak ini. Kolam tu aku boleh tambus semula. Tapi demi Allah aku akan ingat sampai mati helang kayangan ni. Kau boleh cakap apa kau nak cakap, kau boleh hentikan langkah tapi kau tak boleh matikan jiwa aku. Buat anak didik aku kita berlatih dalam besen je la nanti ye.

Sumber: Mie Ubai

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×