berita

‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukuman Penjara & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

January 16th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Peguam kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan permohonan cerai telah difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Sembilan Tahun Saya Menjadi Isteri Muhammad Syamsul’ – Puteri Sarah Liyana

Bagi kerjasama

Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin bersyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai yang dilakukan pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berjalan dengan lancar.

Akberdin juga berharap agar Syamsul dapat memberikan kerjasama selain menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes permohonan cerai pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Pihak kami sudah failkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan.

Kami juga akan serahkan saman (tuntutan cerai) kepada Syamsul dan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama kami.

Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan.

Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses.

Ira Kazar & keluarga langgar injuksi

@ohbulanofficial Replying to @Butik Kucing Pasir Mas Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin bersyukur kerana segala urusan permohonan tuntutan cerai berjalan lancar.Kita doakan yang terbaik untuk Puteri Sarah Liyana. #ohbulan #fup #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #cerai ? original sound – Ohbulan

Dalam pada itu, Akberdin menyatakan akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, susulan tindakan isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan tahun lalu.

Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.

Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.

Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini.

Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar)

Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sebelum ini, melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SKIP THIS AD ×