berita

‘Cukup Sembilan Tahun Saya Menjadi Isteri Muhammad Syamsul’ – Puteri Sarah Liyana

January 16th, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan 7 Mac ini bakal menjadi titik noktah mahligainya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof apabila mahkamah menetapkan untuk prosiding pertama tuntutan cerai.

Artikel Berkaitan: ‘Kita Akan Minta Mahkamah Untuk Jatuhkan Hukuman Penjara & Denda’ – Peguam Puteri Sarah Liyana

Sehari sebelum ‘anniversary’

Menurut Puteri Sarah, tarikh itu juga jatuh sehari sebelum hari ulang tahun kesembilan perkahwinannya dengan Syamsul.

Alhamdulillah syukur dan lega segala urusan untuk permohonan cerai dari pihak saya berjalan lancar. Cukup lah sembilan tahun saya menjadi isteri Muhammad Syamsul nampaknya tak ada rezeki.

Kebetulan tarikh 7 Mac sebutan cerai itu agak significant kerana 8 Mac adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang kesembilan.

Puteri Sarah ditemui sejurus usai permohonan cerai terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pada Isnin.

Rasa lega

@ohbulanofficial Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan 7 Mac ini bakal menjadi titik noktah mahligainya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. #ohbulan #fup #viral #trending #sembangentertainment #puterisarahliyana #syamsulyusof #cerai ? original sound – Ohbulan

Dalam pada itu itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin bersedia untuk berdepan dan menjalani proses yang panjang bagi menyelesaikan penceraiannya dengan Syamsul.

Saya tak kisah kalau kes ini berpanjangan. Yang penting saya rasa lega setelah menfailkan penceraian hari ini. Saya akan berangkat menunaikan umrah pada 26 Januari ini. Saya nak tenang-tenang di sana, fokus ibadah.

Sejak lima tahun lalu, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan selepas kantoi mempunyai hubungan dengan anak pelakon senior Kazar iaitu Ira.

Dua minggu lalu, Syamsul akhirnya bersuara mengenai konflik rumah tangganya apabila mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira di Thailand dengan berwalikan Kazar.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

SKIP THIS AD ×