berita

Rumah Tangga Haqiem Rusli & Isteri Bahagia, Muat Naik Foto Bersama Dengan Emoji ‘Love’

April 24th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Gara-gara memadam gambar bersama di Instagram, rumah tangga penyanyi Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea dikatakan sedang bergolak.

Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram

Raya bersama

Susulan itu, Anis tampil menepis spekulasi yang bertebaran dengan memuat naik foto bersama Haqiem. Menerusi hantaran tersebut, usahawan berumur 21 tahun itu berkongsi gambar dengan pelantun lagu Tergantung Sepi ketika berada di dalam kereta.

Pemilik nama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri turut meletakkan emoji ‘love’ merah namun ruangan komen masih ditutup.

Sekadar info, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.

Majlis perkahwinan itu menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×