Setiap tahun umat Islam memperingati Israk Mikraj sebagai salah satu peristiwa terpenting dalam sejarah. Ia bukan sekadar kisah tentang perjalanan Rasulullah SAW, tetapi mengandungi pelbagai pengajaran dan simbolik besar.

Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Sabda Nabi SAW Tentang Kaum Nabi Lut – ‘Bila Allah Laknat, Itu Amaran Paling Keras Dalam Agama’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sesiapa Yang Lakukan Dosa Bunuh, Kalian Akan Diheret Oleh Mangsa Di Mahsyar Nanti’ – Ustaz Wadi Annuar

Perkongsian Ustaz Wadi

Menerusi hantaran di Threads, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar berkongsi tentang peristiwa yang mengerikan semasa Israk Mikraj.

Menurut Ustaz Wadi, ketika peristiwa tersebut, terdapat satu golongan manusia yang menyakiti diri mereka sendiri akibat perbuatan mengumpat dan membuka aib.

Salah satu peristiwa mengerikan dalam Israk Mikraj adalah diperlihatkan satu golongan yang kuku mereka dari tembaga, lalu mencakar muka dan dada mereka sendiri.

Mereka ialah golongan yang suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

Tambah Ustaz Wadi lagi, dosa lidah disifatkan sebagai antara dosa yang boleh membinasakan manusia kerana mereka akan dikenakan azab berat daripada Allah SWT.

Kata para ulama, ini adalah amaran keras bahawa dosa lidah bukan perkara kecil.

Menumpat orang memang terasa lazat, hakikatnya perbuatan itu sedang menghancurkan diri sendiri di sisi Allah.

Moga Allah pelihara lidah kita.

Sumber: Ustaz Wadi Annuar