Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen memberitahu dia tidak dapat meneruskan penggambaran filem arahan Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster (The OG) berikutan mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).
Artikel Berkaitan: Lutut Kiri Cedera Teruk Ketika Penggambaran, Hairul Azreen Minta Maaf – ‘Dah Sampai Masa Untuk Rehat’
Rest well
Susulan itu, Syamsul memuat naik hantaran di Instagram (IG) mengingatkan agar rakan baiknya itu berehat sepenuhnya yang dijangka akan memakan masa selama enam bulan.
Pelakon berumur 39 tahun itu juga akur dengan perancangan Allah SWT meskipun proses penggambaran sudah tergendala.
Sorry brother
Sementara itu, pemilik nama Hairul Azreen Idris memohon maaf kepada Syamsul atas kecelakaan yang tidak dapat dijangka.
Sebelum ini, suami kepada usahawan Hanis Zalikha menyatakan dia sudah selamat menjalani pembedahan lutut, pada Khamis.
Di ruangan komen, rakan artis dan peminat mendoakan agar bapa kepada dua cahaya mata ini cepat sembuh.
Sumber: syamsulyusoffilm & hairulazreen