Pembedahan Bariatrik atau lebih dikenali dengan pembedahan potong usus bukanlah sesuatu perkara baru lagi. Malah, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang memiliki berat badan berlebihan mengambil langkah ini untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Begitu juga dengan anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah mengakui telah melakukan pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan.
Berat badan cecah 100kg
Menurut Nurul Hidayah Ahmad Zahid, dia telah melakukan pembedahan tersebut kira-kira 11 tahun yang lalu selepas berat badannya mencecah 100 kilogram. Hasil daripada prosedur yang dilakukan, berat badannya berjaya dikurangkan sebanyak 42 kilogram iaitu dari 100 kilogram ke 58 kilogram dalam tempoh setahun setengah.
Kita pernah gemuk. 100kg. Kita buat Bariatric Surgery – Sleeve Gastrectomy (sila Google). Kita makan sikit je sebab perut tak boleh terima makanan dalam kuantiti yang banyak. Kita mengaku dekat ramai orang yang kita buat prosedure kecilkan kantung perut.
Kita siap suggest/cadangkan orang yang obesiti buat. Tak mahal pun, sebab 11 tahun lepas kita buat RM15k. Sekarang dah mahal tapi berbaloi.
Sementara itu, Nurul turut mencadangkan kepada mereka yang mempunyai masalah obesiti untuk melakukan pembedahan ini. Walaupun menelan kos yang agak tinggi, tetapi hasilnya sangat memuaskan dan berbaloi.
Perlu positif dan jujur
Dalam kesempatan itu, Nurul menasihati orang ramai supaya lebih bersikap positif dan tidak malu untuk mengaku sekiranya melakukan pembedahan bariatrik. Hal ini kerana, ada dalam kalangan individu yang dikatakan telah menjalani pembedahan bariatrik tetapi apabila ditanya mereka tidak mengaku sebaliknya memberitahu berat badan berkurang adalah kerana diet dan senaman.
Kita nak cerita, bukan nak jadi manusia negatif. Kita nak cerita kalau buat proses potong usus ke kecik kan perut ke jangan la bagi tahu exercise. Jangan la bagi tahu diet atau makan produk kurus jenama sendiri.
Pendapat saya. Berlaku jujur dan jangan malu kongsi perkara baik. Nak malu apa potong usus/kecik kan perut? Bukan untuk kecantikan pun untuk kesihatan. Kalau memang cantik gemuk 200kg pun cantik lagi. Tapi dengan prosedur macam yang saya bagi tahu tadu lebih cepat dan kita lebih sihat. Tu je. Jangan tipu. Tipu dosa. Tapi kubur masing-masing. Ikut la macam mana. So, yeah. Kita kurus dulu sebab buat Bariatric Surgery. 100kg – 58kg – 80kg (lepas 10 tahun).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi respon yang positif dengan perkongsian Nurul.
Sumber: Nurul Hidayah Ahmad Zahid