Pelakon Anzalna Nasir meluahkan pandangannya sebagai seorang isteri dan wanita berhubung isu keganasan rumah tangga yang dilalui pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Tak Pernah Percaya Pembantu Rumah – ‘Walau Terlepas Job Beratus Ribu Pun, Yang Penting Anak-Anak Bawah Jagaan Saya’
Tak boleh biar suami naik tangan
Menurut Anzalna, seorang wanita tidak boleh membiarkan suami mereka untuk naik tangan. Tambah Anzalna, perceraian sememangnya menakutkan bagi setiap wanita. Namun, keputusan tersebut lebih baik diambil sekiranya ia membawa kemudaratan kepada diri sendiri.
Betul, perceraian itu memang menakutkan dan menyakitkan. Tetapi untuk terus kekal dan kena pukul sampai mengalami kecederaan yang serius sangat teruk. Untuk semua wanita di luar sana yang menghadapi situasi macam ini, jangan takut untuk bersuara. Lelaki sebenar tidak akan naik tangan terhadap wanita.
Terdahulu, pelakon filem Kuliah Cinta itu mengejutkan industri hiburan dengan berkongsi foto matanya lebam.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Anzalna Nasir