berita

‘Kita Suami Isteri Kena Ada Mesyuarat..’ -Pesanan Orang Tua Buat Pasangan Baru Berkahwin

April 1st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehidupan yang bahagia. Namun kita tak dapat lari dari ujian dan dugaan yang menimpa kita. Apa yang penting saling mempercayai dan bertoleransi antara satu sama lain.

Seperti perkongsian bidan ini yang memberi nasihat hal rumah tangga. Pengalaman berumah tangganya banyak mengajar erti kesabaran dan tolak ansur satu sama lain untuk mengekalkan kasih sayang sehingga hari tua. Ikuti perkongsian di bawah..

Cerai mati tak sama ngan cerai hidup

Alhamdulillah, baru saja selesai berurut perbetul urat dengan bidan lama.

Biasalah, orang tua suka bercerita. Lagi-lagi bab pernikahan. Banyak yang bidan atau lebih mesra di panggil CikNah tu kongsi.

“Cerai mati ni tak sama dengan cerai hidup. Kita akan teringat-ingat apa yang dia duk pesan kat kita”.

“Dulu pakcik kerja hantar pokok-pokok mangga pi sampai johor nu. Kadang seminggu baru balik. Bila dia kat rumah, dia takmau keluaq dah. Kalau nak ke kedai minum-minum pun, dia ajak makcik”.

“Pakcik suka pi masjid. Makcik dah sediakan satu almari baju dia pakai pi masjid. Hari jumaat pakai jubah. Makcik gosok siap dah semua. Tinggal nak pakai saja”.

“Makcik akan ingat waktu dia nak pi masjid. Lepas subuh, makcik sedia sarapan. Pukul 11.30 tengah hari, makcik siap hidang makanan. Jam 2 petang, buat air untuk pakcik minum. Pukul 4 buat cucuq pulak.”

Pakcik takkan tegur terus depan-depan

“Dulu, kalau makcik buat salah, pakcik takkan tegur terus depan-depan makcik. Dia biar dua tiga hari dulu. Lepas tu, dia panggil makcik pelan-pelan, dia akan tanya. Nah, dua hari lepas, Nah ingat tak Nah buat salah apa?”

“Ha, makcik mengakulah makcik buat silap. Makcik minta maaf kat dia. Takat tu ja. Tak dak mengungkit apa.”

“Pakcik ada pesan, wasap dan mesej tu atas diri kita. Kita yang buat jadi elok atau tak elok. Berpada-pada lah”.

Tekun aten dengar cerita makcik. Seronok. Tapi part ni lagi seronok.

“Tu kalau makcik buat salah, dia tegur. Kalau makcik tengah marah duk bising, pakcik hang lari! Dia cakap ‘haa mula dah. Awai hang mula hari ni.’ Lepas tu terus lari pi duduk bawah pokok mempelam.” ujar makcik sambil ketawa. Luculah pakcik, sempat lari lagi.

Dalam duk ketawa, makcik Nah pesan kat aten.

Suami isteri kena ada mesyuarat

“Kita suami isteri ni kena ada mesyuarat. Dulu, waktu malam anak dah tidur, pakcik akan panggil makcik. Dia tanya apa yang makcik tak suka, atau apa yang dia tak suka pada makcik. Kita nak bagi bersih hati, takmau ada yang duk lekat dalam”.

“Lepas tu, jaga yang wajib. Solat dan baca alquran jangan lupa sebab itulah yang jadi pendinding utama rumah tangga kita”.

“Cuba cari ilmu agama. Solat berjemaah. Bila sama-sama buat, baru ada sepakat. Itu yang mengharmonikan rumah tangga kita”.

Alhamdulillah, seronok dengar CikNah cerita. Pesan orang lama ni berhikmah. Walaupun hidup sekarang mengikut arus moden, namun pesanan orang tua ni tetap tak lapuk dek zaman.

Banyak lagi sebenarnya yang kita kena belajar. Pesanan atas ni baru sebahagian saja. Perjalanan rumah tangga kita masih jauh.

Jom sama-sama kita berusaha membina rumah tangga yang Allah suka, Allah redha. Moga keluarga yang kita bina di dunia ini, berkekaln hingga ke syurga nanti. Amin ya rabb!

Sumber : Fathin Fadzil

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×