Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk David Teo menitipkan kata-kata semangat kepada Fattah Amin dan Nur Fazura selepas pasangan itu sah bercerai talak satu pada Isnin lalu.
Artikel Berkaitan: Nyawa David Teo Hampir Melayang Selepas Terkena Sihir Lintah, Dakwa Dihantar Keluarga Sendiri – ‘Saya Jumpa Ustaz Untuk Berubat’
Artikel Berkaitan: Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin, Berdiam Diri Tak Buka Pekung Fazura – ‘Suatu Hari Kebenaran Akan Muncul’
Titip doa
Kata David, perceraian bukan pengakhiran hidup dan kehidupan perlu diteruskan kerana setiap perkara yang terjadi di muka bumi sudah diatur Ilahi.
Malah, David mendoakan Fattah dan Fazura kuat menjalani ujian tersebut.
Perceraian bukan jalan pengakhiran. Manis bersama, tetapi jodoh dan pertemuan telah ditentukan oleh Tuhan.
Kita mendoakan yang mereka sentiasa kuat dalam perpisahan ini.
David berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram beserta sepotong video sewaktu majlis persandingan Fattah dan Fazura yang berlangsung tujuh tahun lalu.
Dalam pada itu, David menasihati orang ramai supaya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan mencampuri urusan dua selebriti berkenaan.
Kita tak boleh berada di mana-mana pihak. Mereka yang lebih mengetahui apa yang terjadi.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram