berita

‘Kita Tengah Semput, Dia Boleh Pula Ajak Gaduh’ – Lelaki Kesal Cara Layanan Pembantu Perawatan Kesihatan

January 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyakit asma mampu meragut nyawa manusia dalam sekelip mata. Siapa sangka, di Malaysia jumlah penghidap penyakit tersebut sudah meningkat kira-kira 1.6 hingga 2 juta orang.

Menerusi Facebook, lelaki ini berkongsi kisah mengenai seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di sebuah hospital yang didakwa cukup biadap dan kurang ajar ketika dia ingin menerima rawatan di hospital tersebut. Jom baca!

Pam itu ibarat kembar aku

Sekadar gambar hiasan

Pertama sekali aku tak mahu menyalahi mana-mana pun penjawat awam yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Sebelum ini aku memperjuangkan hospital. Segala posting aku di medsoc semua mempertahankan hospital, doktor dan kakitangan Kementerian Kesihatan. Aku faham dengan situasi mereka di kala sibuk dalam melayan pesakit yang beratus-ratus sehari buatkan kualiti perkhidmatan sedikit terjejas.. “Nak elok pi swasta la. Duit tak ada jangan cakap banyak”. Mungkin sesetangah beranggapan begitu. Tapi ini tentang rawatan kesihatan dan prosedurnya.

Aku bukan nak menyalahi sesiapa. Aku pun bukannya pertama kali ke klinik ini. Dulu semasa aku bersekolah rendah, disinilah tempat mainan aku ketika jam 1-3 pagi. Ada kalanya waktu pagi sebelum subuh sampai ke siang hari bersabung nyawa merana penyakit yang di panggil Asma. Kali terakhir asma ini menyerang aku ketika berada di Tingkatan Satu. Pada tahun pertama itulah aku bebas dari penyakit asma ini kerana aku dah semakin aktif. Bola sepak, ping pong, takraw, bola tampar dan bermacam lagi sukan aku main. Biasalah dok asrama kan. Nak nama di sebut-sebut kaum hawa, badan kena jaga la.

So dari situ aku perasan, pam asma “Ventolin” aku dah expired.. Tak di gunakan lansung. Dari situlah bermulanya hidup aku tanpa pam penat. Merdeka rasanya. Pam itu ibarat kembar aku. Kemana sahaja pasti aku akan bawa. Alhamdulillah, dah normal. Tahun berganti tahun kesihatan aku makin menyusut. Berat badan makin bertambah membuatkan aku semakin malas nak jalankan aktiviti kardiovaskular. Aku perasan yang batuk aku hidapi ini lain macam caranya. Agak lama, hampir 1 bulan tak lega-lega. 2 minggu lepas asma mula datang. Aku pasrah. Dah mula untuk aku berubah.

Tiada siapa pun yang menegur

Sekadar gambar hiasan

So 2 minggu ni aku mula cergaskan diri. Tapi cukup sekadar Slow-Jogging sahaja 4-5 pusingan. Berbekalkan ubat Salbutamol, aku makan seperti biasa jika batuk penat ini mula menyerang. Semakin hari semakin kerap. Sehinggakan peristiwa yang aku rasakan pagi tadi buatkan aku memang terpaksa ke Hospital lama ini. Sambil memandu sendiri bertemankan isteri di sebelah, kami pun tiba di hospital lama ini pada jam 10:30 pagi. Setelah 20 tahun aku tak menjejakkan kaki di Hospital lama ini, aku sangat teruja kerana kakitangan di sini terkenal dengan ramah dan santunya. Masa 20 tahun yang lalu, nama setiap kakitangan kecemasan sini pun aku dah hafal.

Setibanya aku di bahagian Kecemasan, suasana dah banyak berubah sunyi. Kaunter kecemasan tak semeriah dahulu.20 tahun dahulu, di sinilah hospital yang telah membantu ribuan harapan penduduk untuk kembali sihat. So, memang sibuk lah bahagian kecemasan ini. Aku pun terus ke pintu bahagian kecemasan dan di sapa oleh seorang jururawat yang agak mesra.. “Encik kena daftar dulu di kaunter hadapan”.”Baik.. Terima kasih..” Suara aku agak perlahan dengan sesak nafas merundung paru-paru ini. Aku pun tiba di kaunter pendaftaran.. Bini aku pun ambil tempat duduknya jauh ke belakang dalam 5 meter.

Aku berdiri hampir 2 minit. Tiada siapa pun yang menegur aku. Di hadapan aku atas meja itu ada 1 kotak warna pink bertulis dengan tulisan yang agak banyak. Aku pun tak nampak dah sebab pernafasan sesak dan semput. Apa pun tulisan dah tak dipedulikan dan sebelah itu ada raga segi empat. Tiada sesiapa pun di kaunter pendaftaran ini untuk memudahkan orang penat macam aku ni (sesiapa yang merasainya akan tahu. Oksigen tak cukup macam ikan naik darat..) buat pendaftaran. Akhirnya aku memberi salam dan mengetuk meja kaunter di sebelah.

Poyo dan kerek

Sekadar gambar hiasan

Aku tahu bukan bidang dia.. Tapi tolong lah panggilkan sesiapa yang menjaga kaunter ini. Aku penat. Selalunya pesakit asma akan di beri “priority”.. Aku bimbang jika masuk sekali dengan pesakit biasa, nama aku akan jadi lama untuk di panggil. “Puan, saya asthma ni.. Nak letak mana IC ni? Puan.. Puan.. Saya Asthma.. Macam mana?”.. Sekilas pandang pun tak ditujukan kepada aku.. Biadap dan kurang ajar kaunter di sebelah Kaunter Pendaftaran itu hari ini. Kemudian aku perasan kelibat seorang lelaki, tinggi dengan mengenakan” sweater” Adidas hitam sambil memeluk tubuh berjalan ke hulu ke hilir di belakang 3 wanita yang menjaga kaunter tadi.

Kemudian aku nampak dia berjalan ke arah aku. Mungkin penjaga Kaunter Pendaftaran ini. Inilah dia PPK yang di tunggu-tunggu. Hebat orangnya.Tetapi, kenapa dia tak duduk di kerusi tu? Dan menjaga kaunter Pendaftaran? Dari berjalan ke sana ke mari ibarat hospital ni dia punya? Atau pun dia memang tak layak lansung memegang jawatan yang ada dalam Kementerian Kesihatan ini? Ada 500 ribu budak SPM yang mengejar jawatan PPK yang dia duduk sekarang ni la. Jangan bazirkan duit rakyat yang menggajikan kau la Faizul.. Tolong sedar diri sikit.

Kelibat lelaki “poyo” dan “kerek” ini muncul di saat aku nak mendaftarkan diri sebagai pesakit asma yang perlukan “nebulizer” dengan segera. Aku tahu prosedur, dan aku pasti kena beritahu supaya aku di layan segera. “Encik, saya penat.. Saya asma. Nak daftar macam mana?” Si Musibat yang berbangsa aku sendiri iaitu Melayu ini dengan tangan memeluk tubuh dan sombong serta biadap sekali hanya mununjukkan jari telunjuk kepada aku tanpa duduk di kerusi dan beri arahan dari belakang kerusinya sahaja..” Nampak kotak tu? Baca.. Lain kali baca!!!.. Letak IC dalam tu.. Tunggu..” Kurang ajar sungguh mamat ni. Aku penat kot. Asma ni. Nak tunggu nombor apanya. Ini kan bahagian pesakit luar. Berjam lah nak menunggu.

Malas nak bergaduh

Sekadar gambar hiasan

Tunggu punya tunggu sampai 10 minit, aku mengalah.. Tak boleh jadi. Asma makin menyerang. Bunyi nafas aku semakin kuat. Aku terus ke bahagian kecemasan untuk bertanyakan prosedur ini. Seperti ada sesuatu yang telah berubah. Bagi aku tak masuk akal la. Jururawat yang aku jumpa pada awalnya tadi itu pun terkejut. “Sepatutnya, lepas daftar, encik dah ke sini. Depa tak bagitahu apa2 ka?”. Ya Allah. Ujian untuk aku kali ni. Aku pun terus ke Kaunter Pendaftaran semula.. Untuk nak dapatkan kad rawatan aku dan beritahu pada Si poyo tu tentang masalah ini. Kau buat ringan ja masalah aku. Bukan nak tanya dulu aku sakit apa ke tak. Ko suruh aku baca kotak tu. Aku tengah tercungap penat bro. Semoga keluarga kau tak di layan seperti aku sekarang. Amin.

Tapi dia tiada disitu. Aku pun segera ke Kecemasan semula dan memulakan rawatan aku dengan “nebulizer” seperti biasa. Baru 1 minit aku dalam keadaan tenang melayan ubat asma ini, kelibat Si poyo ini datang. Dia mengambil IC aku dan berdiri di hadapan aku.. Agak kelam kabut. Mungkin dia takut di persalahkan. Sedang aku menjalankan rawatan, dia mengeluarkan jari telunjuknya dan bersuara tinggi pada aku, “Ada encik bagitahu dekat saya ka yang encik Asthma? Saya tak taw pun!!”. Ini kurang ajar sangat bro.. Aku tangah menjalankan “Nebulizer” ni.. Mana boleh cakap.. Dan aku berada dalam Bilik Kecemasan.. Hak dan tanggungjawab Doktor yang bertugas.. Selamber sahaja seorang PPK masuk dalam bilik dan sound-sound pesakit yang tengah menjalankan rawatan?

Prosedur apakah ini KKM? Bini aku duduk 5 meter di belakang pun dengar wahai PPK. Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain. Kau buat sambil lewa ja nyawa kami. Fikirlah kalau anak kau, orang layan seperti aku. Sendiri fikir lah abang poyo. Selama 10 minit aku tunggu nama aku di panggil disitu, ada 5 orang yang datang ke kaunter pendaftaran. Rata-rata orang kita tak akan membaca. Tambahan pula, ada 1 kotak dan 1 raga. Mana satu yang mahu di letakkan. Tempat pendaftaran dah ada, tempat dah cantik. Kerusi pun baru, tapi sayang orang yang di pertanggungjawabkan merayap ke sini sana. Sedih. Setelah selesai rawatan pertama. Aku perlu tunggu hingga 10 minit.

Layanan dan perlakuan agak biadap

Sekadar gambar hiasan

Selesai 10 minit, doktor membuat pemeriksaan semula dan mendapati masih ada lagi asma aku ini. Di persiapkannya pula untuk sedut “nebulizer” itu buat kali ke-dua. Kali ke-2 PPK. Kau rasa aku nak main-main dengan kau? Sendiri fikirlah. Amanah kau dah ke longkang. Alhamdulillah. Habis rawatan ke-2 paru-paru rasa segar semula. Semua kakitangan dalam bilik kecemasan sangat baik hati. Doktor, Ma, Nurse sangat membantu. Aku nak minum air pun mereka hulurkan cawan. Doktor jalankan kerja dengan baik. Sesekali sekala datang menjenguk kami di ruangan nebulizer ini. Ramai juga pagi ni yang datang.Ada dalam 7 pesakit. Bergilir-gilir kami mendapatkan rawatan. Ada cina, ada India. Semua saling membantu. Siapa yang teruk, dia pam dulu. Harmoninya. Inikan Malaysia.

Setelah selesai pemeriksaan, doktor memberikan aku preskripsi untuk di bawa ke farmasi. Aku dibekalkan Inhaler dan ubat cair kahak.. Kaunseling penggunaan juga di berikan oleh pihak farmasi. Overall selepas itu semua Alhamdulillah. Aku kembali sihat. Dapat ubat percuma. Apa lagi yang kita mahukan. Rawatan tip-top.Kemudian aku perlu semula ke Kaunter Pendaftaran tadi. Aku berharap tidak berjumpalah dengan Si PPK poyo ni. Alhamdulillah. Memang dia tiada. Aku pun malas nak gaduh. Kita dah semput tadi. Hilang tenaga semua. Sekarang badan pun masih berketar-ketar. Siapa nak bergaduh lagi. Lantaklah. Janji aku nak dapatkan IC aku dan balik. Tetiba IC aku tiada. Masing-masing bertanyakan pada staff lain. Akhirnya ada seorang jawab, ada kat PKK tu. Dia simpan.

Apa tujuan dia simpan? Ada hak kah dia untuk menyimpan IC pesakit tanpa meletakkan pada tempat yang di sediakan? Untuk apa? Owwh. Rupanya dia masih tak berpuas hati dengan aku lagi. Ok. “Encik, bila Encik bagitahu saya Encik penat? Saya tak dengar lansung. Ada kah Encik bagitahu saya tadi? ” Sambil memandang ke arah lain. Poyo sungguh la.”Benda ni, kalau dok mengaku tak mengaku sampai bila pun tak habis. Ini hospital. Kau menang. Aku nak IC sahaja.” aku malas nak gaduh2. “Saya nak tahu, bila Encik bagitahu saya yang Encik Penat??” Dia masih tak puas hati. “Macam mana nak dengar. Hang berdiri di belakang kerusi. Itu pun aku panggil berkali-kali. Hang dok ke hulu ke hiliaq. Bila aku habaq, hang suruh aku baca kotak ni. Hang tak tanya pun aku lagu mana. Sakit apa. Pastu hang dok pi angkat jari tanya aku tak puas hati masa aku tengah sedut nebulizer. Hang memang kurang ajaq lah bro. Aku penat ni. Nak mampuih dok urut dada hang boleh suruh aku baca kotak dan letak IC bro” panjang ayat aku. Masa ni memang kepala dah goyang. Ubat penat baru masuk. Tangan terketar-ketar lagi.

Kakitangan hospital cuba tenangkan

Sekadar gambar hiasan

Dia bangun dan masih tak puas hati dengan aku.. Alhamdulillah dia dalam kaunter berhalangkan cermin. Kalau tak memang bertumbuk lah di hospital tadi. Alhamdulillah. Keadaan semakin tenang.. Kakitangan hospital cuba tenangkan aku. Si poyo tu lansung tak keluar dari kaunter untuk mohon maaf atau bagi penerangan apa-apa dekat aku. Cukup biadap, kurang ajar dan samseng dia ni. Aku doakan agar tiada kakitangan Kementerian Kesihatan yang begini. Aku berharap agar PPK ini diberikan sedikit peringatan agar kejadiaan ini tidak berulang kepada orang lain. Jika prosedur yang di buat di kaunter pendaftaran yang hanya menyuruh semua pesakit meletakkan IC dalam kotak tersebut tanpa seorang manusia pun di kerusi itu di teruskan, aku harap ada sedikit perubahan. Jangan sampai ada lagi pesakit senasib seperti aku. Sakit tuan-tuan. Kita tengah semput pun di ajak bergaduh lagi.

Cukuplah Musibat PPK ini yang membuat onar. Aku bukan menyalah semua kakitangan, tetapi layanan dan perlakuan biadap yang ditunjukkan si musibat ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Hospital Lama yang aku agungkan suatu ketika dulu. Tempat permainan dahulu, kini tinggal kenangan. Semoga posting ini dapat menyuntikkan semangat pekerja lain di dalam Kementerian Kesiahatan Malaysia untuk lebih meningkatkan “Common Sense” dan santun anda ketika mengendalikan pesakit. Terakhir sekali, kita sebenarnya beruntung. Hidup di Negara Malaysia ini. Rawatan Percuma. Ubat Percuma. Cuma harapan aku agar sikap “Syukur”, “Amanah” dan “Toleransi” yang percuma dalam diri kita itu kita bawalah bersama dalam apa jua kerja, pangkat dan keturunan kita. Doktor bertanggungjawab memberikan rawtaan dengan ubat yang terbaik..

Pesakit, datang tepat pada masa temujanji dengan doktor dan ambil ubat dengan disiplin dan efisien. Jangan lah buang ubat tu. Duit negara, duit kita semua. Anak kepada pesakit, berikan sokongan padu. Ambil peduli ubat apa yang diberi kepada ahli keluarga anda. Simpan pada penggera tarikh temujanji agar dapat berjumpa doktor pada tarikh yang diberi.. Kira bilangan ubat agar di makan sebaik mungkin. Okay, aku nak mohon maaf andai ada apa-apa kesilapan. Jika ada pihak yang nak berbincang, aku sangat terbuka. Aku nak orang ramai memandang Hospital ini suatu tempat yang sangat di angkat namanya selayaknya… Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Salam.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×