Pelakon Beto Kusyairy berharap netizen menjaga lisan dan tidak mudah nak jatuh hukum pada golongan selebtri susulan gerakan Blockout 2024, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sepatutnya Saya Tak Perlu Ambil Kisah & Lebih ‘High Class’ Sebab Masing-Masing Ada Hak’ – Beto Kusyairy
Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Bengang Dilabel ‘Bebal’ – ‘Cantik Sungguh Bahasa Mamat Ni’
Jangan cepat jatuh hukum
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, berkata, bila terjadi isu sebegitu, akibatnya sesama kita berpecah belah dan porak peranda sedangkan Islam itu bentuk penyatuan.
Kita jangan cepat jatuh hukum bukan kerja kita nak jatuh hukum pada mereka kerana lisan kena jaga.
Semua benda kini di hujung jari dan masing-masing bebas untuk menulis apa saja di media sosial.
Kalau tak boleh nak berkata baik, lebih baik diam. Kita doakan mungkin mereka (selebriti diboikot) akan berubah pendirian.
Kita tidak tahu mungkin dalam diam, mereka ada beri sokongan dan sumbangan pada saudara seagama kita di Palestin.
Beto yang ditemui pada Malam Bersamamu Rafah di Damansara, Sabtu lalu, turut memberi pendapat peribadinya berhubung wajar atau tidak seseorang selebriti itu menunjukkan bukti sokongannya terhadap rakyat Palestin di media sosial.
Ujar Beto secara ringkas, ia usaha yang baik dan digalakkan.
Yang penting mereka beritahu tetap bersama rakyat Palestin. Dalam apa bentuk cara pun kita hormat dan menjaga lisan kita serta jangan sampai berpecah belah.
Berbicara lebih lanjut, Beto memberitahu adalah tidak adil untuknya mengeluarkan kenyataan kerana ada antara mereka (selebriti) yang diboikot rakan-rakan dalam industri seni.
Tambah pelakon ‘Mat Kilau’ ini lagi, dia juga memahami ada selebriti yang diboikot itu terikat dengan kontrak bersama jenama antarabangsa terbabit dan tindakan undang-undang boleh dikenakan jika mereka melanggar kontrak yang sudah dipersetujui.
Saya faham dari sudut mereka (selebriti) yang terikat dengan kontrak dan kadang-kadang bila langgar kontrak, mereka akan disaman.
Saya juga percaya memang betul rezeki itu bukan pada pihak ‘brand’ (jenama) atau sesuatu rezeki sentiasa datang dari Tuhan.
Tak semudah itu kerana banyak benda yang harus difikirkan dari sudut keluarga dan nak kena turun naik ‘court’ (mahkamah) kalau langgar kontrak.
Jelas Beto lagi, kita juga tidak tahu mungkin selebriti yang diboikot itu memberi sokongan dan sumbangan kepada rakyat Palestin di balik tabir.
Jika sesetengah pihak itu menyokong apa yang Israel buat seperti selebriti di Hollywood yang terang-terangan menyokong Israel, itu selayaknya diboikot.
Saya juga tidak boleh nak cakap apa bagi pihak artis dan pempengaruh tempatan yang diboikot dalam gerakan Blockout kerana itu kena tanya pada mereka sendiri.
Saya tak nak kata setuju mereka diboikot sebab saya tahu masing-masing ada sebab yang kita tak tahu dan tidak adil untuk saya beri kenyataan.
Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air disenaraikan dalam Gerakan Blockout 2024 kerana didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai situasi yang berlaku.