berita

‘Kitaorang Rasa Ayah Ada’ – Ganti Arwah Ayah Ambil Anugerah, Ketabahan Anak Pitt Hanif Sebak

November 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa minggu lalu, negara dikejutkan dengan pemergian anak kepada seniwati Fauziah Nawi iaitu Pitt Haniff selepas dibawa arus ketika sedang memancing di Kuala Lipis, Pahang. Pemergian pengarah filem tersebut sudah pasti dirasai oleh ramai rakan artis dan ahli keluarganya terutama apabila Allahyarham telah memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik di Anugerah Skrin beberapa hari lalu.

Menerusi Instagram Farah Ahmad, wanita itu berkongsi hajat suaminya untuk memakai baju warna hitam ketika malam anugerah tersebut. Namun, hajat tersebut tidak kesampaian apabila suaminya telah pergi menghadap ilahi terlebih dahulu.

Rasa macam ayah berdiri di tengah

Aku nak pakai baju melayu hitam nak jalan iring Farah tahun ni. Itu yang disampaikan adik Naque Ariffin ketika tahlil. Siang tu Naque baru balik cari baju sponsor Ayie. Ayie cakap arwah suruh cari baju. Tahun ni geng-geng kita kena smart. Tahun ni aku nak pakai baju melayu hitam nak jalan iring Farah. Allahhu awak why so sweet. Tahun lepas Festival Filem Malaysia awak menang lakon layar awak tiada, awak pergi memancing. Farah wakilkan walaupun kita ni pun dalam cerita sama tapi sebab cerita lain-lain hehe.

Tahun ni Anugerah Skrin awak menang lakon layar lagi tapi awak tiada sebab pergi ke rahmatullah kerana memancing. Awak ni hebatlah. Allah tetap amik awak di saat benda yang awak suka buat. Alhamdullilah. Tapi betul lah itulah awak memang tak suka benda-benda ini sampai sudah awak tak ambil. Sebab awak tahu hati awak niat awak buat semua benda kerja kerana Allah swt. Awak memang tunggu balasan anugerah dari Allah swt. Betul awak, buat lah apa pun kena mula dari hati. Yer betul kita kena selalu jalan dengan TEGAK. Alhamdullilah bangga dgn anak2-anak berucap.

Lilthia nak sangat naik pentas tapi jemputan hanya 2, so anak-anak wakilkan kita berdua. Anak-anak cakap “ mama masa dekat atas pentas tu kitaorang rasa ayah ada berdiri tengah-tengah peluk kitaorang masa berucap”. Ya Allah terima kasih. En Firdaus terima kasih kerana sentiasa memberi anak2 dan Farah kekuatan. Terima kasih semua Maaf kalian terpaksa menitiskan air mata. En Firdaus awak hensem pakai baju melayu hitam, tak jadi kenyataan pun tak apa sebab hati Farah tetap tahu awak hensem . Love u my Totties. Awak suka lagu ni kan.Tahniah team ONE TWO Jaga. Tahniah dan terima kasih.

I hope you are doing fine

https://www.instagram.com/p/B4PMQnBJUZu/

Menerusi Instagram anak Allahyarham, mereka tuurt meluahkan rasa sedih dan meninggalkan luahan sebak setelah pemergian ayah tercinta. Antara luahan yang diungkapkan ialah ayah tunggu kitaorang dekat sana dan terima kasih ajar kitaorang jadi kuat macam ayah. Perkongsian isteri dan anak-anak arwah ternyata menyentuh perasaan netizen yang turut meninggalkan komen sedih.

Komen netizen

Sumber: Farah Ahmad & Mhiadiva

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×