Tiap kali raya tiba mesti korang semua excited kan nak cuba pelbagai juadah favourite korang. Yelah time ni je kita semua boleh kumpul beramai-ramai sambil menikmati pelbagai makanan tradisional Melayu seperti ketupat, rendang, sate, lemang dan juga kari.
Jadi korang punya favourite yang mana satu? Kalau min of course ketupat la menu paling wajib ada. Sedap tau cicah dengan rendang daging dan serunding. Pergh… terliur min dengar.
Haa… menariknya kali ini KitKat® telah melancarkan coklat bermotifkan ketupat sempena kempen raya “Rezeki Dikongsi Bersama” buat pertama didunia. Edisi terhad tau time raya je korang boleh dapatkan!
Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat® dan pelbagai kolaborasi istimewa lain. Jom kita tengok apa yang menarik!
Edisi terhad raya kombinasi wafer rangup bermotifkan ketupat!
Tahun ini, KitKat® keluarkan ketupat edisi terhad iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang sedap. First time tau KitKat® datang dengan bermotifkan ketupat diterap pada bar coklat. Limited edition pulak tu!
Dengan cara ini, KitKat® berharap dapat menyebarkan kasih sayang, kebahagiaan dan hubungan erat ke setiap rumah. Dapatlah korang berkongsi rezeki bersama keluarga dan rakan tersayang. Barulah syok!
Menariknya kali ini, KitKat Ketupat edisi terhad Raya ni hadir dalam empat koleksi rekaan unik dalam dua format pembungkusan yang berbeza iaitu KitKat® Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat® Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.
Setiap satu menandakan warisan tradisi Raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan “cele-break” bersama keluarga dan rakan-rakan.
Menarik lagi kempen ini telah menjemput artis MK K-Clique dan Nabila Razali untuk meraikan detik bermakna
Sempena kempen “Rezeki DiKongsi Bersama” tahun ini, KitKat® melancarkan video muzik animasi KitKat® Raya yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali.
Video muzik animasi itu diilhamkan oleh watak-watak yang dipaparkan pada pembungkusan KitKat® Raya Ketupat yang menggambarkan kepelbagaian, kebersamaan dan kegembiraan berkongsi ‘rezeki’.
Haa… bolehlah korang dengar bersama saudara mara untuk mendekatkan silaturahim di musim perayaan nanti. Dengan kehadiran lagu ini dapatlah memeriahkan lagi suasana Ramadan dan Hari Raya untuk semua!
Sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra inisiatif komuniti Yayasan AEON
Korang nak tau tak, bersempena kempen raya “Rezeki Dikongsi Bersama”, KitKat® juga menyalurkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada AEON Mesra iaitu sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia. Wow banyaknya!
Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya AEON.
Bolehlah nak buat sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba nanti!
Kongsi rezeki bersama KitKat® dengan butang Like saja!
Haa…alang-alang korang dah seronok nak beraya tu apa kata korang sumbangkan sekali rezeki bersama KitKat®. Senang tau! Caranya korang perlu tekan butang “LIKE” pada muzik video animasi Raya KitKat®.
Setiap like korang tu pula akan menyumbangkan sebanyak RM2 untuk satu like yang diperoleh. Boleh sampai RM100,000 tau. Semua hasil tu pula akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. Senangkan!
Bulan Ramadan ni kan merupakan bulan untuk kita mempertingkatkan amal ibadah. Jadi dengan amalan sedekah ini dapatlah kita pahala yang berganda ganda.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dan laman sosial Nestle, Facebook dan Instagram di link sini!